PSG benam Foxes 4-0

PSG benam Foxes 4-0

LOS ANGELES, 31 Julai – Pemenang gelaran Perancis, Paris Saint-Germain menewaskan juara Inggeris, Leicester City dengan kemenangan selesa 4-0 dalam perlawanan International Champions Cup di Los Angeles semalam.

Seramai 25, 667 penonton disajikan dengan persembahan pemain midfield menarik ketika PSG memberikan pasukan Foxes merasakan apa yang dijangka pada kedudukan teratas Eropah ketika mereka menuju ke kempen Liga Juara–Juara.

PSG melakukan serangan bertali arus, beraksi dengan formasi tiga segi di bahagian midfield dan menurunkan pemain penyerang Edinson Cavani sementara Javier Pastore membuat hantaran–hantaran berbahaya dari sudut kiri.

Ancaman berjaya dipatahkan lebih awal menerusi kapten Wes Morgan dan pemain pertahanan Robert Huth, dengan penjaga gol Kasper Schmeichel dengan melakukan sedikit aksi.

Tetapi PSG berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-26 apabila Daniel Amartey yang menjatuhkan Jonathan Ikone dalam kawasan penalti dan Cavani berjaya mengelirukan Schmeichel.

Aksi Thomas (12) ketika bersaing dengan pemain PSG pada separuh masa pertama dalam perlawanan International Champions Cup di Los Angeles semalam. PSG menewaskan Leicester City dengan kemenangan selesa 4-0. - AFP
Aksi Thomas (12) ketika bersaing dengan pemain PSG pada separuh masa pertama dalam perlawanan International Champions Cup di Los Angeles semalam. PSG menewaskan Leicester City dengan kemenangan selesa 4-0. – AFP

Leicester kembali memberikan saingan dengan beberapa serangan menarik, termasuk sepakan bebas menerusi bintang Algeria, Riyad Mahrez yang berjaya dikeluarkan penjaga gol PSG, Alhonse Areloa.

Tetapi “les Rouge et Bleu” menggandakan pendahulu mereka beberapa saat sebelum separuh masa pertama apabila Thomas Meunier, yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan terakhir ICC menentang Real Madrid di Ohio, yang berada dalam kotak penalti Leicester ketika serangan.

Pemain antarabangsa Belgium, 24, yang berpindah dari FC Burges, beraksi dengan asis menarik kepada Ikone, yang meledakkan bola di palang dan sukar dicapai Schemeichel.

Bos Foxes, Claudio Ranieri dan pesaingnya Unai Emery membuat 17 pertukaran di antara mereka, secara meluasnya mendapatkan tempo dan hantaran pada separuh masa kedua. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA