PSG benam Monaco

PSG benam Monaco

PARIS, 31 Ogos (AFP) – Angel di Maria membuat kemunculannya pada separuh masa kedua sebagai pemain gantian ketika juara Paris Saint-Germain mengekalkan rentak kemenangan mereka musim ini dengan kemenangan 3-0 di Monaco semalam.

Di Maria dari Argentina beraksi 24 minit pertamanya bagi pasukan Paris selepas melengkapkan perpindahan 63 juta euro (AS$68.9 juta) dari Manchester United dan juga memberikan umpanan untuk jaringan terakhir PSG.

Tetapi pemain penyerang dari Uruguay Edinson Cavano pula yang menjadi wira apabila berjaya menjaringkan gol sebelum Ezequiel Lavezzi menambah jaringan. Kemenangan itu meletakkan PSG tiga mata di depan dengan Monaco pula masih berada di pertengahan senarai.

Cavani mempunyai peluang terbaik beberapa minit dalam tempoh pembukaan sebelum rehat tetapi mendapatkan hantaran dari Maxwell, yang cuba melepaskan rembatan dan mengenai kaki sebelahnya sebelum bola tersasar.

Penyerang Monaco dari Itali Stephan El Shaarawy berpeluang untuk menjaringkan gol awal pada separuh masa kedua tetapi rembatannya tepat ke arah penjaga gol Kevin Trapp.

Di Maria mengucapkan tahniah kepada Cavani selepas rakannya dari Uruguay itu menjaringkan gol dalam aksi L1 menentang Monaco semalam. – AFP
Di Maria mengucapkan tahniah kepada Cavani selepas rakannya dari Uruguay itu menjaringkan gol dalam aksi L1 menentang Monaco semalam. – AFP

Cavani memecah kebuntuan pada minit ke-57 menerusi tandukan tajam selepas menerima hantaran lintang Blaise Matuidi sekali gus menyebabkan penjaga gawang Danijel Subasic tidak dapat berbuat apa-apa.

Tidak lama selepas itu, Matuidi terlepas peluang membolosi gawang Subasic dengan sentuhan hambar sebelum penjaga gol itu menyelamatkan rembatan leret melencongnya.

Di Maria memasuki permainan minit ke-66 untuk menggantikan Lucas Moura dan memberikan bantuan pertamanya bagi kelab itu, tetapi selepas menyepak bola ke dalam kotak penalti, Cavani melakukan tandukan tepat kepada Sabosic.

Cavani tidak menunggu lama bagi gol keduanya dan menunjukkan ketajaman pada minit ke-73 ketika pertahanan Monaco berusaha mengekang Zlatan Ibrahimovic, yang berada dalam pertahanan Uruguay untuk menyempurnakan penyudah senang.

ARTIKEL YANG SAMA