PSG boleh capai empat terakhir

PSG boleh capai empat terakhir

DOHA, 30 Dis – Jurulatih Paris Saint-Germain Laurent Blanc berkata kelmarin dia berasa pihaknya sudah bersedia untuk mencapai sekurang-kurangnya separuh akhir di Liga Juara-juara buat pertama kali sejak lebih dari 20 tahun.

Berkata menjelang perlawanan persahabatan PSG hari ini di Qatar menentang skuad Itali Inter Milan, Blanc berkata ia adalah wajar tekanan berada pada skuadnya untuk beraksi di kejohanan terbesar bola sepak Eropah.

Dalam satu sidang media bersama dengan jurulatih Inter Roberto Mancini, Blanc berkata: “Satu musim dinilai daripada setiap trofi yang ada untuk dimenangi.

“Di Perancis tahun lepas kami mempunyai musim yang sempurna namun harapan bagi kelab besar seperti kami adalah untuk mempamerkan aksi yang hebat di Liga Juara-juara.

“Untuk beraksi baik di Liga Juara-juara, anda perlu bermain secara baik di peringkat liga. Ia mudah untuk kami katakan kami perlu untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, namun ia bukanlah mudah untuk dicapai.

Laurent Blanc dan Roberto Mancini ketika sidang media bersama menjelang perlawanan persahabatan di antara kedua-dua pasukan kendalian mereka di Qatar. - Reuters
Laurent Blanc dan Roberto Mancini ketika sidang media bersama menjelang perlawanan persahabatan di antara kedua-dua pasukan kendalian mereka di Qatar. – Reuters

“Saya percaya pemain-pemain saya sudah bersedia untuk mencapai sasaran itu tahun.”

PSG telah layak ke peringkat 16 terakhir dan mereka akan menentang juara Liga Perdana Inggeris Chelsea buat musim kali ketiga berturut-turut.

Chelsea menang pada 2014 namun PSG berjaya membalas dendam pada kejohanan musim lepas, sebelum dikeluarkan dari kejohanan oleh pemenang Barcelona.

Kali terakhir PSG mara ke separuh akhir adalah pada 1994/95, yang diilhamkan oleh penjaring terbanyak kejohanan musim itu, George Weah. Walau bagaimanapun ditewaskan oleh AC Milan selepas itu.

Mereka juga telah mencapai ke peringkat lapan terakhir kejohanan pada tiga musim sebelumnya.

Blanc menambah beberapa pemain mungkin meninggalkan kelab pada Januari namun enggan untuk mengulas lanjut terhadapnya.

“Saya tidak perlu menjawab tentang topik spesifik ini kerana kami datang ke sini untuk bercakap mengenai perlawanan esok menentang Inter. Kami tidak datang ke sini untuk bercakap mengenai pemasaran..”

Inter telah dikaitkan dengan pemain sayap PSG Ezequeiel Lavezzi dan Mancini bergurau kedua-dua pihak akan berbincang mengenainya selepas perlawanan.

Lavezzi, bersama bintang Amerika Selatan yang bermain bagi PSG, tiba di Doha kelmarin, dua hari lewat daripada pasukan sebelah.

Mancini menambah pasukannya akan mengambil perlawanan persahabatan ini secara serius. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA