PSG buka musim tanpa Ibrahimovic

PSG buka musim tanpa Ibrahimovic

PARIS, 6 Ogos – Paris Saint-Germain memulakan pemburuan gelaran Ligue 1 keempat berturut–turut esok di Lille, yang akan beraksi dalam pertandingan pertamanya di bawah jurulatih baru, Herve Renard.

Kelab ibu negara itu memenangi setiap trofi domestik yang ada musim lalu dan sudah mencatatkan kemenangan awal kempen ini dengan menewaskan Lyon 2-0 dalam Trofi Juara–Juara hujung minggu lalu di Montreal, Kanada.

Sebagai tambahan, minggu ini menyaksikan mereka mempersetujui perjanjian membawa masuk pemain yang sudah lama dijadikan sasaran, Angel di Maria ke Paris setelah menyertai Manchester United. Pemai sayap Argentina berusia 27 tahun itu didedahkan hari ini lulus pemeriksaan perubatan dan kelab bersetuju dengan yuran 63 juta euro (AS$68.9 juta).

Di Maria, yang berrehat panjang semasa musim panas selepas membantu Argentina ke final Copa America, terpaksa menunggu untuk membuat kemunculan dan perlawanan di Stade Pierre-Mauroy juga diteruskan tanpa kelibat Zlatan Ibrahimovic.

Pemain dari Sweden itu memulakan musim akhir dalam kontraknya di PSG, dengan memanaskan bangku simpanan selepas kecederaan lutut kanan ketika menentang Lyon, jadi Javier Pastore boleh beraksi menggantikan tempat beliau.

Zlatan (kanan) terlepas aksi pertama PSG kerana kecederaan pada lutut kanan. – AFP
Zlatan (kanan) terlepas aksi pertama PSG kerana kecederaan pada lutut kanan. – AFP

Jurulatih Laurent Blanc dilihat akan kekal dengan pasukan yang menyingkirkan Lyon, dan penjaga gol Jerman Kevin Trappyang yang juga pemain baru dari Eintracht Frankfurt, sekali lagi akan beraksi dan kuasa dari Ivory Serge Aurier seharusnya diturunkan selepas persembahan menarik minggu lalu.

“Dia memiliki pra musim yang hebat, penuh bersemangat dan telah belajar dari musim lalu yang sukar dengan kecederaannya,” kata Blanc mengenai pertahanan itu.

Bagi Lille, kali ini adalah bermulanya era baru selepas Renard – yang melatih Aurier dan Ivory Coast sehingga kejayaan Piala Afrika Februari lalu – dilantik bagi menggantikan Rene Girard.– AFP

Kali ini adalah musim panas percubaan bagi Renard dengan pertahanan Simon Kjaer, midfield Idrissa Gueye dan penyerang Nolan Roux semuanya meninggalkan kelab dan Lille tewas kepada Aston Villa dalam usaha untuk mendapatkan Jordan Ayew dari Lorient, tetapi pemain jurulatih berusia 46 tahun itu sudah bersedia.