PSG cuba kekang Lyon

PSG cuba kekang Lyon

PARIS, 30 April – Setelah menghabiskan sebahagian besar musim ini bermain kejar mengejar, dan Paris Saint-Germain seakan-akan hilang gelaran Ligue 1, melonjak tiga mata ke puncak liga mengatasi Lyon selepas membenam Metz 3-1 pada Selasa.

Selalu ada perasaan bahawa skuad termahal PSG akan berjaya menentang pasukan muda Lyon yang meraih lapan kemenangan berturut-turut, di mana mereka telah menjaringkan 18 gol, membolehkan mereka untuk melebarkan jurang semasa dengan baki empat perlawanan.

Apa-apa sentimen bahawa PSG akan hanyut selepas Barcelona menyingkirkan mereka dari Liga Juara-Juara mula reda apabila mereka mempamerkan persembahan menarik dalam dua perlawanan terakhir menentang Lille dan Metz.

Tanpa Zlatan Ibrahimovic yang digantung, trio barisan hadapan Edinson Cavani, Ezequiel Lavezzi dan Javier Pastore telah beraksi dengan cemerlang.

Cavani menyumbang gol dan Lavezzi pula menjaringkan hatrik semasa membelasah Lille 6-1, manakala Pastore mempamerkan kelasnya dengan hatrik bantuan semasa menentang Metz.

Pertahanan PSG, Gregory Van der Wiel (tengah) meraikan jaringan bersama rakannya David Luiz (kanan) semasa menentang Metz di stadium Parc des Princes kelmarin. – AFP
Pertahanan PSG, Gregory Van der Wiel (tengah) meraikan jaringan bersama rakannya David Luiz (kanan) semasa menentang Metz di stadium Parc des Princes kelmarin. – AFP

Selepas memenangi Piala Liga dan final Piala Perancis yang akan datang menentang Auxerre pada 30 Mei, pasukan Blanc didorong oleh prospek menyapu bersih gelaran domestik yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Untuk baki perlawanan mereka kelihatan nyata boleh menang – mereka mesti melawat Nantes dan Montpellier dan melayan Guingamp dan Reims di Parc des Princes, di mana mereka belum pernah tewas dalam masa setahun.

Kebimbangan terbesar bagi Blanc ialah bagaimana untuk membawa kembali Ibrahimovic tanpa memberikan kesan negatif ke atas mereka yang berada di sekelilingnya.

Ibrahimovic masih lagi penjaring terbanyak PSG dengan 17 gol liga tetapi ada perasaan bahawa pengaruh pemain Sweden itu berkurangan dan semasa pengharaman tiga permainan gara-gara cetusan hebat selepas kekalahan di Bordeaux pada bulan Mac, Paris hanya menjaringkan 12 gol. – AFP