PSG cuba kukuhkan cengkaman di puncak L1

PSG cuba kukuhkan cengkaman di puncak L1

PARIS, 18 Sept (AFP) – Paris Saint-germain (PSG) yang menikmati kemenangan pada permulaan kempen Liga Juara-Juara, boleh mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas Ligue 1 apabila bertandang ke Reims esok.

Pasukan Laurent Blanc menang 2-0 ke atas jaguh Sweden, Malmo di Parc des Princes pada pertengahan minggu ekoran gol pada setiap separuh masa dari Angel Di Maria dan Edinson Cavani untuk mengekalkan permulaan tanpa kalah ke musim ini.

Mereka mengatasi Rennes dengan kelebihan satu mata pada kedudukan teratas Perancis dan lebih tiga mata dari Reims yang menduduki tempat ketiga sebelum menuju negeri Champagne esok apabila mereka memulakan laluan kemenangan baru.

Seri 2-2 minggu lalu dengan Bordeaux telah menamatkan laluan 13 kemenangan Ligue 1 sejak Mac dan menyaksikan mereka gagal mencatatkan kemenangan berturut-turut dengan kepimpinan Blanc di Bordeaux pada 2009.

Sementara itu, Reims telah menikmati permulaan memuaskan musim ini, termasuklah mengalahkan Bordeaux dan Marseille, tetapi jurulatihnya Oliver Guegan menjangka ujian lebih sukar kali ini.

Blanc mengucapkan tahniah kepada David Luiz (kiri) dan Thiago Motta (tengah) selepasmenjaringkan gol dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Malmo di Paris, 15 September lalu. - AFP
Blanc mengucapkan tahniah kepada David Luiz (kiri) dan Thiago Motta (tengah) selepasmenjaringkan gol dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Malmo di Paris, 15 September lalu. – AFP

Guegan menyaksikan PSG beraksi pada pertengahan minggu ini dan berkata: “Mereka melakukan yang perlu. Mereka lebih baik lagi dari Malmo dan mengawal permainan tanpa memaksa diri mereka atau meningkatkan tahap permainan mereka.

“Itu bukan kualiti baik Paris, tetapi mereka meraih kemenangan yang mereka inginkan dan tidak jauh menjaringkan gol ketiga.

“Kami tahu apa hendak dijangka esok. Untuk mendapat keputusan, kami perlu berada pada 200 peratus. Tetapi itu semuanya akan bergantung pada bagaimana dorongan dan bagaimana segarnya PSG.”

Serge Aurier mungkin kembali ke Paris selepas terlepas kemenangan Malmo kerana menjalani penggantungan, dan Blanc mungkin bercadang membuat perubahan dengan perlawanan pertama daripada tiga perlawanan liga dalam tempoh lapan hari.

ARTIKEL YANG SAMA