PSG ganyang United

PSG ganyang United

CHICAGO, 30 Julai (AFP) – Jelajah pra musim Manchester United berakhir dengan kekalahan semalam ketika pasukan gergasi Perancis Paris Saint-Germain mencatatkan kemenangan 2-0 untuk memenangi perlawanan Piala Juara–Juara Antarabangsa.

Jaringan separuh masa pertama Blaise Matuidi dan Zlatan Ibrahimovic sudah cukup untuk memberikan pasukan Ligue 1 itu kemenangan pada malam yang panas di stadium Soldier Field, Chicago yang juga gelanggang NFL Chicago Bears.

United berazam untuk mengekalkan rekod 100 peratus selepas mencatatkan kemenangan ke atas Club America, San Jose Earthqukae dan juara Eropah, Barcelona dalam tiga perlawanan lalu mereka.

Bagaimanapun, gergasi Liga Perdana Inggeris itu belum selesai dengan dua gol dari PSG yang menggambarkan kerapuhan pertahanan skuad bimbingan Louis van Gaal, yang dikemaskan dengan beberapa pemain berprofil tinggi musim panas ini.

United bermula dengan baik, mengawal bola dengan selesa dan berusaha untuk mencari gol pembukaan dengan merobek pertahanan pasukan Parisian.

Zlatan Ibrahimovic (10) berjaya menewaskan penjaga gol Manchester United David De Gea (1) dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Soldier Field semalam. – Reuters
Zlatan Ibrahimovic (10) berjaya menewaskan penjaga gol Manchester United David De Gea (1) dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Soldier Field semalam. – Reuters

The Red Devils menjaringkan gol selepas minit ke-22 apabila Juan Mata menyudahkan bola terus dari Daley Blind, tetapi dilihat berada dalam kedudukan ofsaid.

Tetapi tiga minit kemudian, PSG menjaringkan gol apabila hantaran tinggi mengkucar-kacirkan pertahanan United.

Pemain antarabangsa Perancis, Matuidi meluru dan berada di antara Luke Shaw dan Phil Jones untuk menjaringkan gol menewaskan David De Gea untuk menjadikan kedudukan 1-0.

PSG menggandakan pendahuluan mereka sembilan minit kemudian dengan jaringan menarik yang terlalu mudah bagi juara Perancis itu. Ibrahimovic mendapatkan bola di bahagian midfield dan melihat Maxwell meluru ke sudut kiri.

Pertahanan dari Brazil itu meluru dengan tenang mendapatkan Ibrahimovic dengan hantaran kembali bagi bintang dari Sweden itu untuk menewaskan De Gea.