PSG hampir juara

PSG hampir juara

PARIS, 14 Mac (AFP) – Pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain diinspirasikan oleh empat jaringan mengejut Zlatan Ibrahimovic, yang menukar gaya semalam untuk menewaskan Troyes 9-0 dan mencapai rekod mahkota Ligue1 empat kali berturut-turut.

Hanya empat hari selepas mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, PSG melengkapkan gelaran Perancis keenam kelab itu dengan berbaki lapan perlawanan dengan menewaskan Troyes bagi aksi kembali ke divisyen dua.

Pasukan kendalian Laurent Blanc memusnahkan rekod Perancis bagi kemenangan liga terpantas, yang pada masa ini dipegang oleh Lyon yang memenangi gelaran itu pada 2007 di bawah kendalian Gerard Houllier dengan berbaki lima perlawanan.

Tidak seperti musim lalu apabila Paris menunggu sehingga lewat Mac untuk mengambil alih kedudukan teratas, kelab dari ibu negara itu mengorak langkah yang tidak terjejas sejak menewaskan Gazelec Ajaccio 2-0 dalam perlawanan kedua mereka bagi kempen itu.

“Kami bekerja keras. Semua orang perlu dihargai, pertama kali bagi semua pemain, kaki tangan kejurulatihan, pasukan perubatan,’ kata Blanc.

Aksi Ibrahimovic ketika menentang Troyes dalam Perlawanan Ligue 1 di Stadium Stade de l’Aub. – Reuters
Aksi Ibrahimovic ketika menentang Troyes dalam Perlawanan Ligue 1 di Stadium Stade de l’Aub. – Reuters

“Tetapi musim ini belum berakhir dan kami akan meletakkan diri kami kembali dalam persaingan kerana terdapat beberapa tarikh penting yang akan berlaku pada April dan berharap pada Mei.”

Tiga jaringan dalam enam minit separuh masa pertama menghentikan rasa gentar PSG di Stade de I’Aube, Troyes.

Pertama ia adalah Edinson Cavani, pemain dari Uruguay itu menguasai hantaran ke belakang yang hambar untuk menewaskan penjaga gol Matthiey Dreyer pada percubaan kedua.

Pastore menjadikan kedudukan 2-0 sejurus selepas itu, halangan dari David Luiz dengan segera dihantar kepada Ibrahimovic, yang hantarannya tepat kepada pemain Argentina yang membuat penyudah menewaskan Dreyer.

Tidak lama selepas perlawanan disambung semula, Adrien Rabiot menjadi penjaring ketiga PSG selepas susulan dari rembatan Cavani yang melantun mengenai Dreyer.