PSG hancurkan...

PSG hancurkan Bastia

PARIS, 8 Jan – Paris Saint-Germain (PSG) mula mempertahankan Piala Perancis dengan permulaan yang baik semalam dengan pemain yang baru ditandatangani, Julian Draxler menjaringkan gol dalam kemenangan 7-0 ke atas pesaing Ligue 1, Bastia.

Pasukan kendalian Unai Emery mara ke-32 pasukan terakhir dalam persaingan itu di mana mereka adalah juara bertahan dua kali dengan memastikan pesaing Corsican mereka belum mencatatkan sebarang kemenangan di Parc des Princes.

Membuat kemunculannya, Draxler, 23 tahun melengkapkan jaringan akhir tiga minit sebelum wisel penamat.

Pemenang Piala Dunia bersama pasukan dari Jerman itu melengkapkan perpindahannya bulan ini dari Wolfsburg bagi bayaran sehingga 42 juta euro (AS$45 juta).

“Draxler mempamerkan persaingan yang bagus, ia adalah bagus bagi keyakinannya,” kata Emery.

Julian Draxler (kiri) diraikan oleh rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertamanya untuk PSG dalam aksi Piala Perancis antara PSG dan Bastia di Parc des Princes. - AFP
Julian Draxler (kiri) diraikan oleh rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertamanya untuk PSG dalam aksi Piala Perancis antara PSG dan Bastia di Parc des Princes. – AFP

Kapten pasukan PSG, Thiago Silva membuka pesta jaringan menerusi tandukan pada minit ke-30 dengan Adrien Rabiot menjaringkan gol kedua dari jarak 25 meter sebelum rehat.

Ia adalah penguasaan pada separuh masa kedua dengan jaringan menerusi Christopher Nkunku, Thiago Motta, Angel Di Maria dan sepakan penalti Lucas yang memalukan pasukan pelawat sebelum Draxler menjaringkan gol.

Pasukan kendalian Emery, yang memasuki rehat musim sejuk di tangga ketiga dalam Ligue 1, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Nice, dilihat melengkapkan penguasaan trofi domestik di Perancis bagi musim ketiga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA