PSG idam bawa Sturridge ke Paris

PSG idam bawa Sturridge ke Paris

PARIS, 24 Mac (Agensi) – Paris Saint-Germain (PSG) berhasrat mendapatkan penyerang Liverpool, Daniel Sturridge dengan bidaan awal STG45 juta.

Delegasi daripada kelab Paris itu tiba di London untuk menyaksikan pertemuan England menentang Belanda di Wembley, malam ini.

Sturridge dijangka akan diturunkan dalam aksi persahabatan berprestij itu selepas disenaraikan semula dalam skuad The Three Lions.

Bos PSG Laurent Blanc akan memasuki pasaran perpindahan untuk mencari penyerang baharu pada musim panas ini dengan Zlatan Ibrahimovic dan Edinson Cavani dijangka meninggalkan juara Perancis itu.

PSG berhasrat untuk mendapatkan penyerang Liverpool, Sturridge ke kelab tersebut. – Reuters
PSG berhasrat untuk mendapatkan penyerang Liverpool, Sturridge ke kelab tersebut. – Reuters

Nama Sturridge muncul di antara penyerang yang dikehendaki PSG. Sportsmail mendedahkan awal tahun ini bahawa Sturridge tidak akan menolak peluang untuk meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

Tetapi dengan kontraknya masih berbaki tiga tahun, ia akan memerlukan sejumlah perbelanjaan yang besar untuk menyambar dia daripada Merseyside dan bergantung kepada sama ada PSG sanggup melepaskan Cavani.

Chelsea, Manchester United dan Arsenal turut berminat memasuki pasaran perpindahan untuk penyerang baharu dan mungkin berhasrat mendapatkan khidmat Cavani, membuka laluan Sturridge ke Paris.

ARTIKEL YANG SAMA