PSG julang Trofi Juara

PSG julang Trofi Juara

MONTREAL, 2 Ogos (AFP) – Paris St Germain (PSG) merangkul trofi kejuaraan ketiga berturut-turut dengan kemenangan 2-0 ke atas Olympique Lyonnais di Stade Saputo, Montreal pada Sabtu.

Serge Aurier menanduk masuk gol pertama pada minit ke-11 dan penyerang Uruguay Edinson Cavani menjaringkan gol dari jarak dekat tujuh minit kemudian.

Lyon, naib juara kepada PSG dalam Ligue 1 musim lalu, menyudahkan permainan dengan 10 pemain selepas Maxime Gonalons dilayangkan kad kuning kedua beberapa minit selepas perlawanan berlangsung selama satu jam.PSG turun tanpa pemain antarabangsa Argentina Javier Pastore dan Ezequiel Lavezzi yang telah kembali bersama skuad berikutan penglibatan mereka dalam Copa America.

Kedua-dua pasukan melakukan persediaan untuk permainan dengan corak yang bertentangan antara satu sama lain.

Lyon tewas lima daripada enam perlawanan persahabatan, termasuklah dibelasah 6-0 oleh Arsenal dalam Piala Emirates, manakala PSG menewaskan Manchester United, Fiorentina dan Benfica dalam International Champions Cup.

Pemain PSG meraikan Trofi Juara-Juara Perancis selepas menewaskan Lyon di Stadium Saputo di Montreal, Kanada semalam. – AFP
Pemain PSG meraikan Trofi Juara-Juara Perancis selepas menewaskan Lyon di Stadium Saputo di Montreal, Kanada semalam. – AFP

“Mood di kem pasukan dalam keadaan baik. Ia adalah hari-hari awal tetapi kami bersedia dengan baik,” Matuidi memberitahu beIN Sport.

“Musim masih panjang. Sekarang kami telah menghabiskan 18 hari di luar negara dan ia nampak sukar, jadi kami tidak sabar-sabar untuk pulang ke tanah air, bertemu keluarga sekali lagi dan berehat sebelum musim bermula.”

PSG yang masih panas dengan kemenangan Piala Juara-Juara ketiga berturut-turut akan mempertahankan gelaran Perancis di Lille Jumaat depan, manakala Lyon akan memulakan musim baru Ligue 1 di laman mereka sendiri di Lorient Ahad depan.

ARTIKEL YANG SAMA