PSG ke separuh akhir

PSG ke separuh akhir

PARIS, 3 Mac (AFP) – Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol ketika Paris Saint Germain mara ke separuh akhir Piala Perancis semalam dengan kemenangan 3-1 di Saint Etienne.

Keputusan itu menyaksikan PSG kembali bangkit dengan tambahan jaringan Edinson Cavani, Marquinhos dan pemain gantian Lucas selepas mengalami kekalahan domestik pertama tahun ini apabila tewas 2-1 di Lyon hujung minggu lalu.

Menjelang perlawanan timbalan balik dalam Liga Juara-Juara di Chelsea minggu depan, midfield utama Blaise Matuidi mengalami kecederaan paha pada separuh masa kedua.

Jurulatih Paris Laurent Blanc memberitahu pemainnya hujung minggu ini aksi tersebut tidak cukup bagus dan meminta lebih lagiyang menyaksikan beliau gembira selepas itu.

“Sukar untuk menang di sini. Tetapi jarang melihat pasukan menang mudah di Saint Etienne,” dia memberitahu televisyen Perancis.

“PSG mendapatkan kemenangan. Mereka pasukan berpengalaman, dan walaupun jika tewas di Lyon, mereka telah mempamerkan yang terbaik dan melakukan tugasan itu malam ini.”

Ibrahimovic merobek pertahanan pasukan tuan rumah untuk jaringan pembukaan minit ke-12 dengan hantaran sempurna dengan Cavani meluru untuk menyudahkan jaringan.

Pemain dari Sweden itu memberikan umpanan gol kedua pada minit ke-35 apabila Marquinhos menyudahkan jaringan selepas gerakan pasukan yang menarik selepas hantaran lintang Ibrahimovic dihantar ke belakang oleh Cavani.

Saint Etienne, yang menerima sokongan padu 36,000 penyokong, kembali bangkit apabila sepakan penalti dari Valentina Eyserric merapatkan jurang kepada 2-1 sebelum rehat.

PSG menguasai permainan apabila pemain gantian Lucas menggelecek beberapa pemain pertahanan dan menjaringkan gol dua minit pada masa tambahan.

ARTIKEL YANG SAMA