PSG, Lyon bakal bertemu

PSG, Lyon bakal bertemu

PARIS, 22 Jan (AFP) – Penyandang juara, Paris Saint-Germain (PSG) akan menanti kunjungan satu lagi kelab gergasi Perancis, Lyon bagi pertembungan peringkat 16 terakhir Piala Perancis selesai sesi undian, awal pagi tadi.

Juara sembilan kali, PSG dijangka tidak bermasalah mengulangi kejayaan menjulang tiga piala musim lalu dan sudah pun menewaskan Lyon 2-1 minggu lalu di Parc des Princes untuk mara ke separuh akhir Piala Liga.

Juara 10 kali, Marseille pula dijangka berdepan laluan mudah menentang kelab divisyen empat, Trelissac yang mengejutkan Lille pada pusingan sebelum ini.

Saint-Etienne yang merakam kemenangan 2-1 ke atas Ajacci, awal pagi ini membuat kunjungan ke kelab tercorot Ligue 1, Troyes manakala Bordeaux menanti kunjungan Nantes pada satu lagi pertembungan liga elit Perancis itu. Monaco pula membuat kunjungan ke kelab divisyen dua, Sochaux.

Penyerang PSG, Zlatan Ibrahimovic (kanan) meraikan jaringan bersama Edinson Cavani (tengah) semasa menentang Toulouse (TFC) dalam aksi Piala Perancis di stadium Parc des Princes, 19 Januari lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA