PSG makin sukar dihalang

PSG makin sukar dihalang

LORIENT, 23 Nov (Agensi) – Paris Saint-Germain (PSG) berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Lorient pada aksi Ligue 1 semalam meskipun negara tersebut masih bersedih dengan tragedi berdarah di Paris.

Hasil kemenangan tersebut, PSG kini mengukuhkan cengkaman di persada liga dengan merekodkan lapan kemenangan berturut-turut.

Gol sulung Hervin Ongenda bersama kelab tersebut pada minit ke-26 membolehkan PSG mendahului perlawanan biarpun Lorient memperagakan aksi garang di awal perlawanan.

Pemain tengah kental, Blaise Matuidi menambah derita Lorient enam minit berselang selepas menerima hantaran lintang Ibrahimovic, sekali gus menjadi kemenangan kelima berturut-turut di Stade du Moustoir itu.

“Ia satu aksi yang positif yang mana kami berjaya teruskan momentum kemenangan. Biarpun berdepan kesukaran bagi mempersiapkan pasukan menjelang perlawanan ini, kami fikir kami boleh berbangga dengan aksi pada malam ini (semalam).

Hervin Ongenda (kiri) ketika menjaringkan gol untuk PSG ketika menentang pasukan Lorient di Stadium Moustoir di Lorient, Perancis. – AFP
Hervin Ongenda (kiri) ketika menjaringkan gol untuk PSG ketika menentang pasukan Lorient di Stadium Moustoir di Lorient, Perancis. – AFP

“Saya akui teringin untuk pulang ke Paris dan menghabiskan masa bersama keluarga,” kata jurulatih PSG, Laurent Blanc.

Pada perlawanan tersebut. PSG beraksi tanpa beberapa tonggak utama seperti Angel di Maria, Marco Verratti, David Luiz dan Javier Pastore. Sehubungan itu, pemain muda seperti Ongenda dan Presnel Kim–pembe diberi kepercayaan untuk beraksi pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, aksi tersebut cukup bermakna buat penggempur berbisa PSG, Zlatan Ibrahimovic yang melengkapkan penampilan ke-100 bersama kelab itu.

ARTIKEL YANG SAMA