PSG mampu beri kejutan

PSG mampu beri kejutan

PARIS, 11 Mac – Paris Saint-Germain (PSG) boleh meraih mahkota Ligue 1 buat kali keempat berturut-turut di Troyes Ahad ini untuk melengkapkan minggu yang cemerlang buat skuad kendalian Laurent Blanc selepas mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

PSG mara ke kelompok lapan terakhir saingan utama peringkat kelab Eropah itu buat kali keempat berturut-turut selepas kejayaan 2-1 mengatasi Chelsea awal pagi semalam yang menyaksikan skuad dari Perancis itu mara secara agregat 4-2.

“Kami bermain perlawanan hebat berdepan pasukan besar. Kami mengawal keadaan dan hanya melakukan sedikit kesilapan,” kata Lucas selepas PSG menyingkirkan juara Liga Perdana itu dari saingan Eropah buat kali kedua.

“Musim ini kami lebih kuat berbanding tahun lalu dan saya rasa kami meningkat tahun demi tahun. Kami perlu meningkat seperti itu.”

Aksi Lucas ketika bersaing dalam perlawanan mereka menentang Chelsea di Stamford Bridge. – Reuters
Aksi Lucas ketika bersaing dalam perlawanan mereka menentang Chelsea di Stamford Bridge. – Reuters

Dengan PSG berkedudukan terbaik untuk mengekalkan dua piala domestik, pasukan dari ibu negara itu boleh meneruskan langkah mempertahankan tiga piala dimenangi tahun lalu ketika berdepan pasukan bawahan Troyes.

Kemenangan akan memastikan gelaran Perancis dengan rekod baharu, walaupun jika Monaco gagal mengatasi Reims hari ini.

“Saya tidak tahu jika pendahuluan kami (atas Lyon) akan cukup. Tetapi ia terpulang kepada mereka untuk mengejar kami ke bawah dan saya fikir kami berada dalam kedudukan yang lebih baik. Saya lebih suka untuk diburu, bukan pemburu,” kata pemain tengah Portugis, Bernardo Silva.

Nice mengalu-alukan kembali pemain Hatem Ben Arfa daripada kecederaan hujung minggu lalu dan Claude Puel akan membida untuk mengekalkan cabaran Eropah mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA