PSG menang besar lagi

PSG menang besar lagi

PARIS, 24 Jan – Paris Saint Germain (PSG) memberi amaran mengenai penguasaan mereka dalam saingan Ligue 1, selepas memastikan kemenangan besar, 5-1 ke atas Angers, di sini, malam tadi.

Keputusan itu memastikan mereka memiliki kelebihan 24 mata berbanding pasukan tangga kedua, ketika aksi itu menyaksikan Zlatan Ibrahimovic membuka tirai jaringan buat PSG sebelum Lucas menambah jaringan kedua menuju penghujung babak pertama.

Gregory Van der Wiel menambah gol ketiga, namun Pierrick Capelle pantas membalas dengan meledak jaringan pertama buat Angers.

Namun Angel Di Maria tampil hebat dengan sumbangan dua gol untuk memastikan kemenangan 5-1 untuk PSG.

“Walaupun babak pertama agak sukar untuk menentang pasukan yang tersusun, separuh masa kedua cukup hebat. “Gol pertama cukup penting. Apabila kami sudah mendahului, ia jadi lebih mudah. – AFP

Angel Di Maria meraikan golnya bersama rakan sepasukan yang juga penyerang sensasi PSG Zlatan Ibrahimovic. - AFP
Angel Di Maria meraikan golnya bersama rakan sepasukan yang juga penyerang sensasi PSG Zlatan Ibrahimovic. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA