PSG menang mudah

PSG menang mudah

PARIS, 17 Ogos (AFP) – Juara Perancis Paris Saint-Germain mencatatkan kemenangan mudah 2-0 menentang pasukan bawahan Corsican, Gazelec Ajaccio untuk mengekalkan permulaan sempurna musim Ligue 1 semalam selepas Marseille melalui satu lagi kekalahan.

Jaringan Blaise Matuidi dan tandukan Thiago Silva, kedua-duanya pada separuh masa pertama, membolehkan PSG mengatasi Gazelec yang baru dipromosi di Parc des Princes dan membolehkan pasukan Laurent Blanc mengutip enam mata pada awal kempen baru.

“Ia malam yang bagus. Perlawanan mungkin lebih menarik jika kami menyempurnakan beberapa peluang yang ada tetapi penjaga gol mereka mempamerkan tugasan yang bagus,” Blanc mengakui.

Pemain sayap Argentina, Angel di Maria, yang ditandatangani dengan nilai 63 juta euro (AS$68.9 juta) dari Manchester United, diperkenalkan kepada peminat Paris sebelum sepak mula, walaupun dia belum cergas sepenuhnya untuk membuat kemunculan pertama.

Dan dengan Zlatan Ibrahimovic direhatkan sekali lagi, PSG tidak berada pada kekuatan penuh dengan penyerang Kean-Kevin Augustin, 18, diberikan kemunculan pertama dalam persaingan kelompok teratas.

Tetapi malam itu seperti menjadi malam percubaan Gazelec, kelab yang secara keseluruhannya adalah pasukan bajet dalam musim kemunculan pertama mereka pada peringkat teratas hanya menyamai gaji tahunan Ibrahimovic di Parc des Princes.

Ia selalu menjadi persoalan bila Paris akan membuka jaringan dan mereka melakukannya pada minit ke-11 menerusi Matuidi selepas midfield Perancis itu membawa bola ke dalam kotak penalti dan kemudian meledak dengan kaki kiri ke dalam jaring.

PSG menambah gol kedua pada pertengahan separuh masa pertama selepas kapten pasukan Silva mengetepikan kekecewaannya digugurkan daripada skuad Brazil minggu lalu, dengan menyudahkan sepakan sudut dari Thiago Motta. Pada kedudukan itu ia kelihatan tidak menentu, tetapi Edinson Cavani gagal menyempurnakan beberapa peluang pada separuh masa kedua dan tandukan Serge Aurier pula tersasar.

ARTIKEL YANG SAMA