PSG menang Treble

PSG menang Treble

PARIS, 31 Mei (AP) – Paris Saint Germain menjadi pasukan Perancis pertama memenangi tiga kejuaraan domestik selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas pasukan divisyen dua Auxerre dalam perlawanan akhir Piala Perancis semalam.

Pemain penyerang Uruguay, Edinson Cavani menamatkan persaingan itu apabila menanduk masuk hantaran lintang pada pertengahan separuh masa kedua, walaupun bola melepasi palang dan mengenai belakang penjaga gol, Donavan Leon sebelum melepasi garisan gawang.

Satu–satunya kegagalan dalam musim dominan bagi PSG adalah Liga Juara –Juara, di mana hasrat kelab itu terjejas, selepas sekali lagi tersingkir kepada Barcelona finalis musim ini dalam persaingan suku akhir.

“Kami telah memenangi trofi selebihnya. Belum ada pasukan melakukan ini dan saya berbangga dengan pasukan,” kata penjaring terbanyak PSG, Zlatan Ibrahimovic. “Saya mahu banyak lagi (trofi), percayalah.”

Zlatan Ibrahimovic menjulang Piala French Cup. – AFP
Zlatan Ibrahimovic menjulang Piala French Cup. – AFP

Di atas kertas, ia seharusnya tidak sesuai di antara PSG masih memburu bagi menyertai kelab-kelab elit Eropah dan pasukan Auxerre yang menamatkan tangga kesembilan dalam divisyen dua Perancis.

Tetapi Auxerre, pemenang Piala Perancis empat kali, bermula dengan kuat dan memaksa bagi dua sepakan sudut pertama dalam perlawanan itu.

Satu kesilapan dihukum dengan gol ke-12 Cavani dalam 12 perlawanan.

“Kami menamatkan musim ini dengan baik. Kami mahu memenangi Piala dan ia sukar untuk memenanginya,” kata jurulatih PSG, Laurent Blanc. “Auxerre bermain dengan baik dan anda perlu memberikan penghormatan kepada mereka. Mereka bermain dengan kekuatan mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA