PSG menang Trofi Juara–juara

PSG menang Trofi Juara–juara

KALGENFURT, Austria, 7 Ogos – Hatem Ben Arfa yang baru ditandatagani adalah diantara penjaring gol ketika Paris Saint-Germain mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Lyon dalam Trofi Juara–juara, perlawanan pembukaan tradisi Perancis semalam.

Javier Pastore, Lucas Moura dan Layvin Kurzawa menjaringkan gol seterusnya sebelum Corentin Tolisso menjaringkan gol sagu hati ketika juara Perancis itu memenangi trofi itu buat tahun keempat berturut–turut dan memberikan jurulatih baru, Unai Emery kejayaan lebih awal.

Apa yang akan dilakukan Emery dari Sepanyol, yang tiba di Paris setelah memenangi tiga gelaran Liga Europa berturut –turut, bagi kejayaan awal ini masih perlu dilihat.

Lyon, pasukan tangga kedua Ligue 1 musim lalu yang tewas kepada PSG dalam Trofi Juara–Juara 12 bulan lalu, tidak hadir bagi sejam pertama dan perlawanan diadakan dalam persekitaran yang nyata di stadium yang hampir kosong di Klagenfurt.

‘Ia adalah keputusan yang bagus bagi kami tetapi masih perlu banyak tugasan taktikal untuk dilakukan dan Ligue 1 adalah sukar,’ kata Emery, yang pasukannya mula mempertahankan gelaran mereka di Bastia Jumaat depan.

Pemain Paris Saint-Germain, meraikan kejayaan dengan trofi kemenangan selepas menjuari Trofi Juara-juara (Trophée des Champions) pada perlawanan bola sepak Paris Saint-Germain vs Olympique Lyonnais di Klagenfurt, Sabtu lalu. – AFP
Pemain Paris Saint-Germain, meraikan kejayaan dengan trofi kemenangan selepas menjuari Trofi Juara-juara (Trophée des Champions) pada perlawanan bola sepak Paris Saint-Germain vs Olympique Lyonnais di Klagenfurt, Sabtu lalu. – AFP

‘Kami perlu meneruskan minggu ini dalam liga. Ini adalah penting bagi keyakinan kami tetapi ia masih lagi pra musim. Tidak semua pemain cergas sepenuhnya.”

Liga Perancis menggunakan perlawanan ini untuk mempromosikan persaingan mereka dalam musim sebelumnya, berada di Kanada, AS, China dan Afrika.

Di Austria, keadaan itu dilihat dengan sikap tidak ambil peduli oleh penduduk setempat dan sekitar 32,000 tempat duduk di Stadion Woerthersee masih kosong. – AFP