PSG-OM perbaharui saingan

PSG-OM perbaharui saingan

PARIS, 2 Okt (AFP) – Paris Saint-Germain membaharui persaingan mereka bersama musuh ketat Marseille di Parc des Princes pada Ahad ini ketika pasukan Laurent Blanc berusaha untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka sebelum rehat antarabangsa.

PSG mendahului empat mata ke atas pesaing terdekat Saint-Etienne dalam Lgue 1 dan mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara–Juara dengan kemenangan 3-0 di Shakhtar Donetsk Rabu lalu.

“Permulaan Liga Juara–Juara kami sempurna tetapi kami masih belum layak bagi pusingan seterusnya,” kapten PSG, Thiago Silva memberitahu Canal+ selepas perlawanan di Lviv.

“Sekarang kami perlu berehat dan bermula semalam kami menyediakan diri untuk perlawanan Ahad ini. Marseille mempunyai banyak kualiti. Sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa untuk menentang mereka.”

Persembahan di Ukraine Rabu lalu adalah persembahan paling lengkap PSG musim ini, petanda yang membimbangkan bagi Marseille yang berada di tangga ke-15, 12 mata di belakang musuh ketat mereka.

Biarpun menewaskan Troyes dan Bastia, OM tewas empat daripada lapan aksi liga setakat ini dan bos baru, Michel masih menyesuaikan diri dengan mentaliti Perancis.

“Kelihatan pemain bola sepak Perancis mengekalkan diri mereka jadi mereka tidak beraksi terlalu banyak perlawanan berturut-turut, dan mereka memilih perlawanan dengan alasan. Ini mengejutkan saya tetapi saya perlu membiasakan diri,” kata Michel, dalam petikan yang diterbitkan oleh harian sukan Perancis, L’Equipe.

“Mereka memberitahu saya apabila ada perlawanan besar, menentang PSG sebagai contoh, adalah sikap yang normal. Saya perlu menerimanya tetapi saya bermasalah memahaminya,” tambah bekas midfield Real Madrid, yang bercakap mengenai beberapa pemain yang meminta untuk tidak beraksi dalam pertemuan Liga Europa di laman sendiri menentang Slovan Liberec, di mana OM tewas 1-0.

Sejarah baru–baru ini bukanlah mengenai pasukan Sepanyol ketika PSG memenangi tujuh perlawanan di antara kedua-dua kelab, termasuk kemenangan 3-2 di Stade Velodrome pada April lalu yang memberikan isyarat berakhirnya cabaran gelaran Marseille.

ARTIKEL YANG SAMA