PSG perlu buat pilihan

PSG perlu buat pilihan

PARIS, 15 Dis (AFP) – Paris Saint-Germain (PSG) akan mula memikirkan keutamaan mereka apabila turun mempertahankan mahkota Piala Liga Perancis ketika berdepan Saint-Etienne dalam kelompok 16 pasukan terakhir, awal pagi esok.

Juara dengan rekod lima kali kemenangan itu meneruskan rentetan perlawanan tanpa kalah dalam saingan domestik musim ini apabila membelasah Lyon 5-1 Ahad lalu yang melebarkan kelebihan PSG di persada Ligue 1 kepada 17 mata.

Musim lalu PSG menyapu bersih trofi domestik termasuk membelasah Bastia 4-0 dalam final Piala Liga, namun keinginan mereka mencipta kejayaan dalam Liga Juara-Juara kali ini boleh memberi kesan kepada nasib mereka dalam perebutan piala domestik.

Blanc mungkin atau melepaskan satu gelaran untuk memberikan tumpuan kepada mahkota yang lebih berprestij. – Reuters
Blanc mungkin atau melepaskan satu gelaran untuk memberikan tumpuan kepada mahkota yang lebih berprestij. – Reuters

PSG akan berdepan Chelsea selepas undian 16 pasukan terakhir semalam, tiga tahun berturut-turut pasukan itu bertemu pada peringkat kalah mati, dengan Blanc berkata pada September lalu betapa kelab dari ibu kota itu perlu ‘melepaskan’ satu daripada kejohanan domestik untuk memberi tumpuan kepada Eropah.

“Kami cuba menguruskan sesi latihan, lebihan kerja dan penggantian pemain, tetapi kami mungkin perlu melepaskan satu daripada kejohanan piala kebangsaan, atau sekurang-kurangnya tidak meletakkan semua beban pada mereka. Itu akan menjadi sangat sukar,” kata Blanc.

Saint-Etienne memberikan PSG kekalahan terakhir dalam kejohanan ini, mengatasi pasukan dari Paris itu 5-3 menerusi penalti pada suku akhir musim 2012-13 sebelum merangkul piala berkenaan, namun prestasi terkini mereka amat buruk dengan skuad kendalian Christophe Galtier mengalami kekalahan kelapan liga hujung minggu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA