PSG sambar bintang Madrid

PSG sambar bintang Madrid

PARIS, 9 Ogos – Paris Saint-Germain (PSG) memperkasakan jenteran serangan mereka semalan apabila berjaya menandatangani penyerang Real Madrid, Jese Rodriguez dengan harga 21.2 juta pound.

Jese akan menggalas tugas sebagai sokongan kepada penyerang PSG dari Uruguay Edinson Cavani dan menjadi pemain kelima ditandantangi kelab di luar musim selepas kedatangan Hatem Ben Arfa, Grzegorz Krychowiak, Thomas Meunier dan Giovani Lo Celso.

“Saya benar-benar gembira menyertai PSG, yang merupakan salah satu daripada pasukan paling kompetitif di Eropah,” kata Jese dalam satu kenyataan di laman web kelab.

Jese Rodríguez Ruiz (kiri) dan presiden PSG Nasser Al-Khelaifi bergambar bersama jersi Jese di stadium Parc des Princes kelmarin. – AFP
Jese Rodríguez Ruiz (kiri) dan presiden PSG Nasser Al-Khelaifi bergambar bersama jersi Jese di stadium Parc des Princes kelmarin. – AFP

“Saya mempunyai impian besar bersama kelab untuk tahun-tahun mendatang dan bekerja di bawah Unai Emeri merupakan satu kebanggaan. Saya tidak sabar-sabar untuk memulakan musim yang penuh mencabar ini dalam kerjaya saya.

Pemain berusia 23 tahun itu masih mempunyai kontrak di Bernabeu tetapi memilih untuk berpindah ke Paris dan menyertai kelab juara Liga Perancis itu dengan perjanjian kontrak lima tahun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA