PSG simpan ‘kuasa’ bertemu Chelsea

PSG simpan ‘kuasa’ bertemu Chelsea

PARIS, 6 Mac (AFP) – Paris Saint-Germain (PSG) yang turun tanpa kelibat bintang-bintang utama sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Montpellier pada aksi Ligue 1 di laman sendiri, awal pagi tadi.

Keputusan juara Perancis itu merehatkan beberapa pemain tonggaknya adalah bagi memastikan mereka kekal cergas menjelang perlawanan penting timbal balik Liga Juara-Juara menentang Chelsea, Rabu ini.

PSG ketika ini selesa mendahului di kedudukan teratas Ligue 1 dengan pertembungan domestik tidak lagi keutamaan bagi jurulatih Laurent Blanc, biarpun kesemuanya boleh bertukar berbeza andai cubaan Endinson Cavani tidak terkena palang.

Keputusan menyaksikan juara bertahan itu kekal dengan mendahului 23 mata di puncak liga manakala Monaco di tempat kedua.

Kegagalan Monaco untuk meraih mata penuh selepas seri 2-2 di Caen pada Jumaat lalu bermakna PSG boleh menjulang gelaran keempat berturut-turut lebih awal apabila menerima kunjungan kelab di tangga kedua itu di Parc des Princes pada 20 Mac ini.

PSG ketika mengadakan latihan mereka di Ooredoo Training Centre. Beberapa pemain tonggaknya direhatkan bagi memastikan mereka kekal cergas menjelang perlawanan penting timbal balik Liga Juara-Juara menentang Chelsea, Rabu ini. – Reuters
PSG ketika mengadakan latihan mereka di Ooredoo Training Centre. Beberapa pemain tonggaknya direhatkan bagi memastikan mereka kekal cergas menjelang perlawanan penting timbal balik Liga Juara-Juara menentang Chelsea, Rabu ini. – Reuters

Tetapi sebelum itu, gergasi Perancis itu berharap dapat mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara buat tahun keempat, tetapi semuanya bergantung kepada perlawanan timbal balik kedua menentang Chelsea dalam saingan 16 pasukan terakhir di London. Keputusan perlawanan pertama di Paris berakhir dengan kemenangan 2-1 ke atas PSG.

“Tidak ada alasan untuk merasa puas, permainan tadi sepatutnya kami menang. Kami tidak begitu baik di bahagian serangan, ia memalukan kerana tidak ada jaringan,” kata Blanc.

“Perkara paling penting, dan apa yang membuatkan saya gembira adalah tidak ada seorang daripada kami cedera. Kami memutuskan untuk memberikan sebahagian bermain dan yang lainnya rehat. Keseluruhannya, ia memuaskan.”

Ketika bertemu Montpellier, Blanc meletakkan Zlatan Ibrahimovic di bangku simpanan bersama-sama David Luiz dan Thiago Motta sementara kapten, Thiago Silva langsung tidak turut serta.

ARTIKEL YANG SAMA