PSG tewas di tangan Monaco

PSG tewas di tangan Monaco

PARIS, 29 Ogos – Paris Saint-Germain (PSG) tewas buat kali pertama di bawah kendalian jurulatih baharu, Unai Emery apabila tunduk 3-1 di tangan Monaco pada aksi di Stade Loius II, semalam.

Joao Moutinho meletakkan Monaco di hadapan sebelum penalti Fabinho menggandakan kelebihan buat pelawat terus selesa 2-0 pada separuh masa pertama.

Edinson Cavani mengurangkan defisit pada babak kedua namun jaringan sendiri Serge Aurier menyaksikan pelawat meraih kemenangan membolehkan mereka mengutip tujuh mata bersama pendahulu liga, Guingamp.

PSG kini berada di tangga kelima liga dengan permulaan baik mereka terjejas menerusi kekalahan terbabit.

PSG tewas di tangan Monaco
PSG tewas di tangan Monaco

Kekalahan itu menimbulkan persoalan besar kepada kelab itu susulan pemecatan Laurent Blanc dan kehilangan tonggak utama, Zlatan Ibrahimovic.

Emery yang membawa Sevilla merangkul Liga Europa dilantik menggantikan Blanc namun mereka tidak dapat mencari pemain yang berkaliber untuk menggantikan Ibrahimovic.

PSG tidak tewas dalam 27 perlawanan awal liga mereka musim lalu sehinggalah pada penghujung Februari, manakala dalam dua musim sebelumnya, rekod tanpa kalah mereka dalam Ligue 1 berjaya kekal hingga Disember. – AFP