PSG turun tanpa Cavani

PSG turun tanpa Cavani

PARIS, 11 Ogos – Di bawah jurulatih baru Unai Emery dan skuad berwajah baru selepas pemergian Zlatan Ibrahimovic, Paris Saint-Germain memulakan pemburuan mereka bagi gelaran Ligue 1 kelima berturut-turut di Bastia esok.

Ibrahimovic mendominasi permainan Perancis ketika empat tahun di PSG tetapi berpindah ke Manchester United selepas menjaringkan 113 gol Ligue 1 termasuk rekod kelab 38 gol musim lalu.

Tidak terdapat nama besar yang ditandatangani sebagai pengganti pemain dari Sweden itu, dengan pasukan ibu negara itu telah mendapatkan Hatem Ben Arfa secara percuma dari Nice dan melengkapkan pembelian Jese Rodriguez dari Real Madrid untuk meningkatkan lagi serangan mereka.

“Musim ini kami tidak membeli banyak pemain dengan jumlah besar tetapi itu tidak kisah. Penting juga untuk melabur wang anda,” kata kelab presiden, Nasser Al-Khelaifi ketika mendedahkan Jese.

PSG membelanjakan sekitar 65 juta euro (AS$72.6 juta) musim panas ini dengan midfield Poland Grzegorz Krycho-wiak, Emery dari Sevilla dan pemain pertahanan Belgium Thomas Meunier tiba dari Club Brugge.

PSG memulakan pemburuan gelaran Ligue 1 kelima berturut-turut di Bastia esok tanpa kelibat Cavani. – AFP
PSG memulakan pemburuan gelaran Ligue 1 kelima berturut-turut di Bastia esok tanpa kelibat Cavani. – AFP

Edinson Cavani akhirnya mencapai hasrat untuk menjadi pemain utama dalam jentera serangan Paris, walaupun kecergasannya diragui bagi perlawanan di Stade Armand-Cesari kerana kecederaan paha.

Dengan Thiago Silva tidak beraksi dalam kemenangan 4-1 Trofi Juara-Juara menentang Lyon di Austria minggu lalu dan Marquinhos di Olimpik bersama Brazil, kekuatan PSG mungkin sederhana sahaja di bahagian pertahanan sementara Emery perlu memilih antara Kevin Trapp dan Alphonse Areola untuk menjaga gawang.

Bastia selesai di tangga ke-10 musim lalu tetapi biasanya kuat di laman sendiri dan Emery menolak gambaran Ligue 1 akan mudah biarpun PSG memenangi gelaran dengan margin mata 3-1 dari pasukan tangga kedua Lyon musim lalu di bawah Laurent Blanc.

“Jika orang ramai berkata kepada saya Ligue 1 adalah senang, saya akan membalas, ia mudah jika anda bekerja keras,” Emery memberitahu L’Equipe baru-baru ini. – AFP