PSR fokus 5 perkara

PSR fokus 5 perkara

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah bagi Tahun 2015 kebanyakannya telah meningkat dan mencapai sasaran apabila 28 buah sekolah rendah mencapai keputusan sasaran 74 peratus manakala 25 buah sekolah pula berjaya melepasi status Merah dan Kuning.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman menekankan perkara itu ketika berucap pada Majlis Forum Pendidikan Kebangsaan ke-5 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pagi tadi.

Menurut Yang Berhormat Pehin, pada tahun 2017 kelak, Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR) menumpukan lima perkara utama yang diperkenalkan pada awal Tahun 2015 sebagai inisiatif untuk mencapai kejayaan.

Lima inisiatif itu ialah Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching and Learning), Kepimpinan (Leadership), Pengurusan Akauntabiliti dan Prestasi (Accountability and Performance Management), faktor kehadiran sekolah dan Sosial, dan Cross-Cutting Enablers.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi ketika menyampaikan ucapan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi ketika menyampaikan ucapan.

Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, kementerian akan sentiasa komited dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar, pengajaran dan pembelajaran yang menjadi keutamaan Kementerian pada tahun ini.

Dan untuk mencapai sasaran itu, pada tahun ini Kementerian Pendidikan memperkenalkan “National Literacy and Numeracy Standards” bagi membantu mengenal pasti tahap kemahiran pelajar seawal Tahun 1.

Yang Berhormat Pehin turut menyeru pemimpin-pemimpin sekolah rendah dan menengah untuk membuat peralihan dan melaksanakan keberkesanan strategi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA