PSW anjur majlis amal

PSW anjur majlis amal

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSW) akan mengadakan majlis Minum Petang Amal Belaian Kasih dengan menampilkan barisan artis ternama tempatan dalam usaha mengumpul dana pendidikan untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik.

Majlis yang bakal berlangsung di Dewan Indera Samudera, Hotel Empire & Country Club, Jerudong pada 13 September nanti, menampilkan Eia, Aziz Harun, Ju Ju, Hani S, Fakhrul Razi dan Majestic Crew.

Presiden PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin, memberitahu satu sidang media di sini, setakat ini PSW berjaya menjual tiket bagi kira-kira 40 meja untuk acara tersebut.

Beliau berharap untuk menambah lagi jualan tiket bagi acara bertemakan ‘Belaian Kasih Kesihatan Terbaik Untuk Cara Hidup Berkualiti’.

(Dari kiri ke kanan) Pengurus Acara, Hajah Siti Zaleha binti Haji Kaprawi, President PSW, Pengiran Hajah Zabaidah, Timbalan Presiden PSW, Datin Hajah Mastura binti Haji Mohsin dan Hani S.
(Dari kiri ke kanan) Pengurus Acara, Hajah Siti Zaleha binti Haji Kaprawi, President PSW, Pengiran Hajah Zabaidah, Timbalan Presiden PSW, Datin Hajah Mastura binti Haji Mohsin dan Hani S.

“Dengan hasil kutipan dari tabung itu nanti, PSW akan menjalankan beberapa program pendidikan dan kesedaran di bawah kehidupan sihat, selain itu mengadakan taklimat kesihatan yang akan menjemput ibu bapa/penjaga bersama anak mereka untuk mengikuti beberapa aktiviti menyihatkan termasuk demonstrasi memasak secara sihat, makanan sihat, senamrobik dan lain-lain lagi.

“PSW berharap akan menerima lebih banyak sokongan daripada individu atau syarikat-syarikat bagi acara berkebajikan,” katanya.

Tiket ‘Minum Petang Amal Belaian Kasih’ boleh diperoleh di semua cawangan Coffeebean & Tea Leaf dan juga Fitness Zone, Serusop berharga B$100 seorang atau B$1,000 (10 orang) untuk satu meja.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi 8218853 bagi sebarang pertanyaan mengenai acara ini.

ARTIKEL YANG SAMA