PSW bantu 20 keluarga susah di Brunei-Muara

PSW bantu 20 keluarga susah di Brunei-Muara

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Seramai 20 orang keluarga kurang berkemampuan di Daerah Brunei dan Muara hari ini menerima bantuan daripada Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSW).

Penyampaian bantuan tersebut berlangsung di Bilik Teater, Bangunan Baru Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan disempurnakan oleh Yang Di-Pertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin.

Turut hadir Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Naib Yang Di-Pertua II PSW serta penghulu-penghulu dan ketua kampung penerima.

Pengiran Hajah Zabaidah dalam ucapan alu-aluannya berkata, ini merupakan majlis penyampaian drama keempat diadakan.

Antara yang hadir di Majlis Penyampaian Derma petang tadi di Bilik Teater, Bangunan Baru Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Antara yang hadir di Majlis Penyampaian Derma petang tadi di Bilik Teater, Bangunan Baru Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Sebelum ini, PSW telah menyampaikan derma kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di Daerah Belait, Tutong pada 3 Oktober lalu dan di Daerah Temburong pada 13 Oktober lalu.

Katanya, sumbangan tersebut adalah hasil derma orang ramai semasa Majlis Charity High-Tea ‘Belaian Kasih’ Kesihatan Terbaik untuk Cara Hidup Berkualiti yang diadakan pada 13 September lepas.

PSW merupakan sebuah badan bukan kerajaan, ditubuhkan pada 5 Februari 1990 dan kini mempunyai kira-kira 100 orang ahli, terdiri daripada kalangan profesional. Mereka telah banyak kali mengendalikan program dan kegiatan kemasyarakatan, akademik dan profesional sesuai dengan matlamat penubuhannya.

ARTIKEL YANG SAMA