PTC FT menang besar

PTC FT menang besar

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Bandaran Bandar Seri Begawan di Padang Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas hari ini menyaksikan PTC FT menewaskan CP2 dengan jaringan 7-2.

Pada babak pertama, PTC FT membuka jaringan melalui Awang Besar bin Ludin pada minit ke-11 tetapi dibatalkan oleh jaringan Awang Muhamad bin Acap empat minit untuk seri 1-1.

Namun PTC FT berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27 melalui Awangku Iswandi bin Pengiran Othman, dan dua minit kemudian pada minit ke-29, Awang Aminshah bin Ahmad dari menambahkan lagi jaringan dengan voli cantik luar petak D menjadikan kedudukan 3-1.

Pada babak kedua, PTC FT tidak berhenti menjaringkan gol apabila Awang Muhd Arif Sharifuddin bin Haji Salleh membuat jaringan pada minit kesembilan dan minit ke-12 untuk mengukuhkan kedudukan 5-1.

Awang Mohd Arif Sharifuddin menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan tersebut.
Awang Mohd Arif Sharifuddin menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan tersebut.

Pada minit ke-15 separuh masa kedua, PTC melebarkan jurang apabila sepakan penalti diberikan oleh pengadil hasil daripada kekasaran yang telah dilakukan oleh salah seorang pemain pertahanan CP2.

Awang Aminshah berjaya menyempurnakan sepakan untuk mengubah kedudukan menjadi 6-1 sekali gus menjadi gol keduanya.

Pada minit ke-22, Awangku Iswandi menjaringkan lagi gol buat PTC FT, dan beliau juga menyertai Awang Arif Sharifuddin dan Awang Aminshah dalam mencatat dua gol dalam perlawanan tersebut.

Walaupun ketinggalan jauh 7-1, CP2 tidak berputus asa. Awang Amran bin Haji Yakob telah menjaringkan gol untuk selesai 2-7. Kedudukan tersebut kekal hingga perlawanan tamat.

Perlawanan seterusnya ialah di antara Flywheel FC menentang SPS United yang akan berlangsung Ahad ini, jam 4:30 petang di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA