PTE Meragang rai Aidilfitri

PTE Meragang rai Aidilfitri

Oleh Nurul Anis Nadiah Haji Mohamad Azry

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Para pelajar, guru dan kakitangan Pusat Tingkatan Enam Meragang telah memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya dengan mengadakannya di lobi sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Awang Mohd Hajib Sarhan bin Mohd Harkani.

Pengetua sekolah, Pengiran Hajah Maimunah binti Pengiran Haji Osman ketika memberikan ucapan alu-aluannya menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada penuntut dan kakitangan sekolah yang mengendalikan serta yang hadir di majlis itu.

Hadir sama ialah bekas pengetua sekolah berkenaan, Hajah Hashimawati binti Haji Mohamad.

Sekumpulan pelajar yang memeriahkan majlis dengan persembahan mereka.
Sekumpulan pelajar yang memeriahkan majlis dengan persembahan mereka.

Para hadirin yang hadir di majlis sambutan Aidilfitri sekolah berkenaan bukan saja dihidangkan dengan pelbagai hidangan makanan namun turut dimeriahkan dengan persembahan seperti tausyeh, tarian ‘Joget Selfie’, disusuli dengan persembahan nyanyian oleh para pelajar dan dari Kelab Kesenian yang menampilkan lagu ‘Meriah Aidilfitri’ yang diubah sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA