PTE Tutong buka pendaftaran bakal pelajar

PTE Tutong buka pendaftaran bakal pelajar

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Dengan pengeluaran keputusan peperiksaan Brunei-Cambridge GCE ‘O’ Level dan International GCSE (IGCSE) November 2015, Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong telah membukakan pendaftaran untuk bakal pelajar selama dua hari hingga kelmarin.

Pengetua PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah, dalam ucapan alu-alunya, menekankan kepentingan memilih gabungan sesuai bagi mata pelajaran ‘A’ Level bagi meraih sepenuhnya faedah.

Menurutnya, satu subjek baru telah diperkenalkan tahun lalu iaitu Applied ICT, dan tahun ini, satu lagi mata pelajaran tambahan ditawarkan iaitu Business.

Secara keseluruhannya, PTE Tutong kini menawarkan 18 mata pelajaran bagi peperiksaan ‘A’ dan ‘AS’ Level.

Timbalan Pengetua (Akademik), Dayang Roziena bin Haji Zini pula menambah, selaras dengan Wawasan Brunei 2035, pengenalan Business sebagai mata pelajaran baru untuk pelajar adalah sesuai apabila digabungkan dengan mata pelajaran lain yang berkaitan dengan kewangan seperti Perakaunan, Ekonomi dan Matematik.

Salah seorang pelajar bersama ayahnya ketika mendapatkan khidmat nasihat mengenai kelayakan dan pilihan mata pelajaran.
Salah seorang pelajar bersama ayahnya ketika mendapatkan khidmat nasihat mengenai kelayakan dan pilihan mata pelajaran.

“Kursus ‘A’ Level yang berkaitan diharapkan dapat menyediakan mereka untuk masuk universiti dengan penuh keyakinan.”

Sepanjang dua hari pendaftaran, tutor-tutor yang bakal mengajar para pelajar tingkatan enam bawah turut hadir di dewan PTE berkenaan di mana pelajar dan ibu bapa berpeluang untuk bertanya lebih lanjut mengenai mata pelajaran yang mereka pilih dan mendapatkan nasihat mengenai perkara dan juga kemungkinan kerjaya.

Ditubuhkan pada 2002, PTE Tutong agak kecil dan hanya berpindah ke tapak sekarang sebagai sebuah kolej tingkatan enam berfungsi sepenuhnya pada tahun 2012.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pelajar-pelajar cemerlangnya telah berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Ivy League di United Kingdom dan Australia di bawah biasiswa kerajaan.

Dua bekas pelajarnya merupakan penerima biasiswa Sultan Scholar’s yang mana kedua-duanya kini melanjutkan pengajian di Oxford University.

Sepertimana dalam surat keliling Kementerian Pendidikan, syarat kemasukan standard ke dalam PTE kerajaan, adalah sekurang-kurangnya mempunyai lima kredit ‘O’ Level yang berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA