PTE Tutong hargai pelajar Tahun 12

PTE Tutong hargai pelajar Tahun 12

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Nov – Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong, hari ini, telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik bagi pelajar-pelajar Tahun 12 Tingkatan Enam Bawah yang diadakan di dewan serba guna PTE berkenaan.

Hadir menyampaikan anugerah tersebut ialah Pengetua PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah.

Menurut Timbalan Pengetua (Akademik) PTE Tutong, Awang Rozieana bin Haji Zini semasa menyampaikan ucapan alu-aluan, seramai 24 orang pelajar Tahun 12 telah mencapai 300 mata tarif UCAS dan ke atas.

Beliau berharap pelajar-pelajar ini nanti akan mengekalkan kejayaan mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka semasa menghadapi Peperiksaan AS Level pada Jun 2017 ini nanti.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah penghargaan kepada pelajar cemerlang dalam subjek individual dan seterusnya menyampaikan anugerah ‘Arts and Humanities Scholar Award’ (AHSA) dan juga hadiah motivasi daripada tutor.

Hajah Murni menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik kepada salah seorang pelajar yang mencapai 300 mata tarif UCAS dan ke atas.
Hajah Murni menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik kepada salah seorang pelajar yang mencapai 300 mata tarif UCAS dan ke atas.

Seorang pelajar cemerlang, Goh Min Qi telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang kerana mendapat gred A di kesemua subjek iaitu Matematik, Biologi dan Kimia.

Sementara itu, enam orang pelajar lain turut menerima Anugerah Cemerlang Akademik kerana mendapat dua gred A dan satu gred B. Mereka ialah Awang Afiq Hamizan bin Amzah, Dayang Normasturina binti Ibrahim, Dayang Nur Batrisyia binti Zainul Ikram, Dayang Nur Umairah binti Ali Hazis, Dayang Nuramal Hajidah binti Muhammad Zailani and Yong Yin Rong.

Manakala itu, Awang Muhd Adli bin Muhd Faris telah menerima Anugerah AHSA kerana telah mencapai prestasi yang cemerlang dalam subjek Matematik, Fizik dan Geografi.

Anugerah tersebut ditaja oleh Jabatan Kesenian dan Kemanusiaan yang mana tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar mengekalkan keputusan cemerlang mereka dalam aliran sains dan subjek lain.

ARTIKEL YANG SAMA