PTEM hargai jasa ahli MPP, PRR

PTEM hargai jasa ahli MPP, PRR

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM), baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Malam Penghargaan bagi menghargai ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pembimbing Rakan Remaja (PRR) yang berlangsung di Dewan Bankuet Hotel Badi’ah.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Pengetua Akademik PTEM, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad.

Pada majlis itu, bekas presiden MPP, Awang Mohammad Fuad bin Matahir dan PRR, Awangku Naim Syafii bin Pengiran Haji Besman turut menyampaikan ucapan penuh makna.

CERIA...Sebahagian mereka yang menghadiri Majlis Malam Penghargaan tersebut.
CERIA…Sebahagian mereka yang menghadiri Majlis Malam Penghargaan tersebut.

Kemudian, Presiden baru MPP, Awang Muhammad Haziq Hazwan bin Jossrie dan PRR, Cyrus Fontanilla bin Ahmad menyampaikan ucapan ringkas penghargaan dan mengalu-alukan para guru dan pelajar.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh Kumpulan As-Salsabil dan diselajurkan dengan bacaan Tahlil bagi Allahyarhamah ibu kepada Pengetua PTEM, Dayangku Hajah Maimunah binti Pengiran Haji Osman yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah.

Seterusnya, majlis diikuti dengan penyampaian sijil bagi bekas ahli-ahli MPP dan PRR atas sumbangan mereka kepada PTEM.