PTET adakan solat sunat hajat

PTET adakan solat sunat hajat

Oleh Haji Mohd Yusof bin Mohd Yassin

 

TUTONG, 4 Okt – Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Solat Fardhu Maghrib, Solat Sunat Hajat dan Bacaan Surah Yasin khusus bagi pelajar-pelajar PTET yang akan menduduki Peperiksaan GCE Peringkat ‘A’ dan ‘As yang tidak lama lagi.

Majlis yang diadakan di Masjid Kampung Penanjong Tutong itu telah disertai lebih 150 jemaah terdiri daripada para pelajar dan ibu bapa.

Menurut kenyataan Awang Masri bin Sulaiman, Ketua Pentadbir pusat berkenaan, PTET telah pun mengadakan beberapa program bagi mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan di antaranya ialah Program IMAN, Program Restu Izin Ilmu, Program Suntikan Akhir, Ceramah-ceramah Motivasi, Taklimat Tips-tips Persediaan Mental, Kesihatan dan Kerohanian.

Wakaf perhiasan dinding untuk Masjid Kampung Penanjong.
Wakaf perhiasan dinding untuk Masjid Kampung Penanjong.

Program seumpamanya itu diharap dapat mendorong para pelajar demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan mereka nanti.

Di akhir majlis, PTET telah menyampaikan sebuah wakaf perhiasan dinding kepada pihak Masjid Kampung Penanjong.

ARTIKEL YANG SAMA