Puasa bentuk keperibadian sempurna

Puasa bentuk keperibadian sempurna

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Bersempena memperingati Nuzul Al-Quran tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi, Daerah Polis Belait telah mengadakan majlis ceramah agama yang diadakan di Surau Polis, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Lorong 14, Panaga, pagi tadi.

Turut hadir mendengarkan ceramah bersama 57 orang pegawai dan ahli-ahli pangkat rendah Daerah Polis Belait ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Supt. Ariffin bin Haji Jafaruddin.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah tetap Pusat Dakwah Islamiah, Dr. Andas Ustaz Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah. Beliau antara lain menekankan bahawa berpuasa membentuk sifat takwa dan berpuasa dengan iman dan mengharapkan reda Allah S.W.T sahaja.

Antara yang hadir pada sesi ceramah tersebut.
Antara yang hadir pada sesi ceramah tersebut.

Selain itu, beliau juga mengingat supaya meningkatkan amalan mulia dan ibadah dalam bulan Ramadan untuk mendekatkan diri kepada Allah, serta pentingnya doa sebagai senjata orang beriman.

Ceramah Agama ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Badan Ugama Daerah Polis Belait, sempena bulan Ramadan dan memperingati Nuzul Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA