Puel, Mazzarri mulakan kerjaya PL

Puel, Mazzarri mulakan kerjaya PL

SOUTHAMPTON, 12 Ogos – Pengurus Southampton Calude Puel memulakan kerjaya Liga Perdana (PL) dengan jenakanya untuk bos Watford, Walter Mazzarri dalam persaingan dua pendatang baru dalam kelompok elit Inggeris.

Kedua-duanya tahu mereka mempunyai tugasan untuk menyamai pencapaian mantan mereka apabila kedua-dua pasukan bertemu di St Mary esok.

Saint layak ke Liga Europa di bawah Ronald Koeman, yang keluar untuk bersama Everton selepas musim berakhir sementara Quiquie Flores berlepas biarpun membawa Watford ke separuh akhir Piala FA musim lalu walaupun berjaya mengekalkan status di kelompok teratas.

Puel digaji selepas membawa Nice ke tangga keempat dalam divisyen teratas Perancis musim lalu dan pengurus dari Perancis itu bersedia untuk mencabar pencapaian Koeman.

“Saya gembira bekerjasama dengan skuad ini,” katanya. “Kualiti, semangat dan sikap mereka ada di sana dan benar-benar menggalakkan masa depan Southampton.

Walter Mazzari pendatang baru dalam persaingan Liga Perdana dengan mengendalikan pasukan baru Watford. – AFP
Walter Mazzari pendatang baru dalam persaingan Liga Perdana dengan mengendalikan pasukan baru Watford. – AFP

“Perlawanan pertama musim ini selalu menjadi hari istimewa. Ia penting pada permulaan musim untuk kekal dengan konsentrasi yang bagus mengenai permainan dengan semua maklumat kami boleh lakukan dalam latihan.

Southampton menjual pemain utama di luar musim sekali gus menyukarkan lagi tugasan Puel. Dengan Victor Wanyama menyertai Tottenham untuk 11 juta pound, Sadio Mane bersama Liverpool untuk 30 juta pound dan penyerang Itali Graziano Pelle berlepas ke Shandong Luneng untuk 12 juta pound.

Kapten Jose Fonte dikaitkan dengan Manchester United tetapi Puel tidak bersedia untuk melepaskan pertahanan Portugal itu untuk menyertai perpindahan.

“Penting untuk mengekalkan Jose Fonte di Southampton,” kata Puel. “Dia pemain penting bagi pasukan, pemain bagus dan saya tidak melihatnya akan meninggalkan kami.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA