Puerto Rico sedia import bekalan darah

Puerto Rico sedia import bekalan darah

WASHINGTON, 19 Feb (Reuters) – Garis pandu baru yang menegah pengambilan darah di kawasan-kawasan letusan virus Zika bawaan nyamuk akan digunakan sebagai ujian terlebih dahulu di Puerto Rico, rantau yang memerlukan wang, di mana pegawai-pegawai kesihatan mempunyai masa dua minggu untuk mula mengimport bekalan pulau itu.

Pentadbiran Ubat dan Makanan PBB awal minggu ini berkata bahawa kawasan-kawasan yang mengalami jangkitan aktif domestik virus Zika seharusnya berhenti mengambil darah di sana.

Puerto Rico telah melaporkan bilangan kecil kes jangkitan tempatan dan para pegawai kesihatan AS menjangkakan ribuan penduduk dijangkiti sebaik saja musim nyamuk mencapai kemuncaknya musim panas ini.

Para pegawai kesihatan tempatan bimbang beralih kepada import boleh menjejaskan rangkaian derma sukarela pulau itu, yang memberikan sangat banyak keperluannya. Garis pandu baru akan memerlukan Puerto Rico mendapatkan keseluruhan bekalannya dari benua AS pada kos sehingga AS$100,00 seminggu, kata Jose O Alsina, timbalan presiden dan ketua pegawai operasi Banco de Sangre de Servicious, Puerto Rico, bank darah terbesar pulau itu.

Puerto Rico kini bersedia untuk hanya menggunakan bekalan darah dari luar bagi mengelakkan pemindahan virus Zika melalui darah di negara itu. – Reuters
Puerto Rico kini bersedia untuk hanya menggunakan bekalan darah dari luar bagi mengelakkan pemindahan virus Zika melalui darah di negara itu. – Reuters

Wilayah AS itu menanggung hutang kira-kira AS$70 bilion dan kadar 45 peratus kemiskinan. Pulau itu telah pun gagal melunaskan beberapa pembayaran hutang dan Gabenornya Alejandro Garcia Padilla memberi amaran bahawa kerajaan hampir kehabisan wang.

Alsina berkata lapan bank darahnya tidak mampu membeli darah dan membayar gaji pekerja, yang termasuklah kira-kira 400 pemandu, ahli phlebotomi, jururawat dan yang lain. Para pegawai bank darah meminta kerajaan supaya membantu membayar bagi pengimportan supaya mereka boleh mengekalkan infrastruktur mereka sehingga pengambilan tempatan boleh disambung semula. Mereka juga meminta masa tambahan untuk mengambil darah di sana sebelum terpaksa mengimport darah.