PUJA hadiri Kongres PAQS ke-19 di Jepun

PUJA hadiri Kongres PAQS ke-19 di Jepun

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Delegasi 10 ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera & Arkitek (PUJA) daripada Divisyen Juruukur Brunei, baru-baru ini, telah mewakili Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Kongres Persatuan Juruukur Kuantiti Pasifik (PAQS) ke-19 yang berlangsung di Yokohama, Jepun, pada 29 Mei hingga 1 Jun lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh PUJA, di sini, hari ini, kongres berkenaan membawa tema ‘Hidup Bersama Alam Semula Jadi – Sumbangan Kepada Dunia Berdaya Tahan’.

Pelbagai topik mengenai teknologi BIM, hijau dan kemapanan, perancangan dan pembangunan, amalan pengurusan dan perindustrian, perancangan dan anggaran kos, amalan kontrak, pengurusan pembinaan, pendidikan dan pembangunan profesional, dan sebagainya, telah dibincangkan dan dibentangkan sepanjang kongres itu.

PUJA dalam kenyataannya menyatakan bahawa, PAQS yang ditubuhkan pada tahun 1996 merupakan sebuah persatuan organisasi-organisasi kebangsaan antarabangsa mewakili juruukur kuantiti dan jurutera kos di rantau Asia dan Pasifik.

Antara delegasi yang menghadiri Kongres PAQS di Jepun.
Antara delegasi yang menghadiri Kongres PAQS di Jepun.

Setanding sebagai institusi yang diiktiraf oleh PAQS, PUJA Brunei merupakan ahli penuh PAQS bersama badan-badan profesional lain seperti AIQS (Australia), CIQS (Kanada), CECA (China), HKIS (Hong Kong), BSIJ (Jepun), RISM (Malaysia), NZIQS (New Zealand), SISV (Singapura), IQSSL (Sri Lanka), PICQS (Filipina), IQSI (Indonesia) dan ASAQS (Africa Selatan).

Kenyataan menambah, Divisyen Juruukur Brunei PUJA telah menghoskan Kongres PAQS ke-16 pada 2012, dan kongres ke-20 akan diadakan di Christchurch, New Zealand pada 13-16 Jun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA