PUJA lantik ahli jawatankuasa baru bagi 2016-17

PUJA lantik ahli jawatankuasa baru bagi 2016-17

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Bahagian Juruukur, Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei, semalam, telah memilih ahli-ahli jawatankuasa baru bagi 2016-2017 dalam Mesyuarat Agung Tahunan di Restoran Papparich, Gadong, yang dihadiri oleh kira-kira 26 orang ahli bahagian berkenaan.

Menurut kenyataan PUJA, ahli-ahli jawatankuasa baru yang dipilih ialah Awang Mohd Shafie bin Haji Mohd Yusof selaku pengerusi; Haji Mohd Hanafi bin POKDGSDRDLU Haji Awang Abdul Rahman selaku Immediate Past Chairman; Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub selaku Naib Pengerusi (Juruukur Bahan); dan Newas Ukoi sebagai Naib Pengerusi (Geometik).

Manakala itu, jawatan Setiausaha 1 disandang oleh Awang Muhammad Syukri bin Haji Zulkipli; Setiausaha 2, Lye Kok Kuan; Penasihat Kewangan, Low Sow Fun; Ahli 1, Ambrose Shim Fui Sen; Ahli 2, Haji Zariful bin Haji Mohamed; Ahli 3, Dayang Nazhatulshima binti Haji Mohd Jamil; Ahli 4, Aaron Wong Chuan Xing; dan Ahli 5 ialah Chiew Xin Hoong.

Sebelum pemilihan ahli-ahli baru, Naib Presiden/ Pengerusi Bahagian Juruukur telah menjelaskan mengenai berita dan acara-acara yang telah dikendalikan bahagian berkenaan bagi tahun 2014 dan 2015, yang diikuti dengan laporan pentadbiran kewangan bagi bahagian itu.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup oleh Awang Mohd Shafie, yang menyeru semua ahli untuk mengetahui kemajuan terkini, teknologi yang digunakan dan amalan-malan terbaik dalam bidang berkenaan sebagai sebahagian daripada ahli Pembangunan Profesional Berterusan (CPD).

Ahli-ahli yang baru dilantik bergambar ramai pada Mesyuarat Agung Tahunan di Restoran Papparich, Gadong.
Ahli-ahli yang baru dilantik bergambar ramai pada Mesyuarat Agung Tahunan di Restoran Papparich, Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA