Pulang beramai-ramai menjelang cuti tahun baru

Pulang beramai-ramai menjelang cuti tahun baru

BEIJING, 13 Jan – Beratus-ratu ribu warga China memenuhi lapangan terbang, kereta api dan stesen bas hari ini ketika mereka menuju pulang ke kampung halaman bagi meraikan Tahun Baru Cina.

Para pegawai menjangkakan pengunjung China akan membuat perjalanan hampir tiga bilion semasa musim kemuncak perjalanan cuti yang bermula pada Jumaat hingga 21 Februari. Perjalanan itu termasuklah penerbangan antara bandar, kereta api dan bas tempatan menuju ke kampung-kampung bagi rakyat China sekitar 1.4 bilion.

Setiap tahun, ia mewakili penghijrahan bermusim terbesar di dunia ketika keluarga-keluarga bersatu bagi meraikan cuti tradisional paling penting di China. Juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga, yang jatuhnya pada 28 Januari tahun ini.

Kakitangan landasan kereta api mengawal penumpang di Stesen Landasan Kereta api Hankou di Wuhan menjelang musim kemuncak Festival Bunga tahunan di wilayah Hubei, tengah China pada 12 Jan. – AP
Kakitangan landasan kereta api mengawal penumpang di Stesen Landasan Kereta api Hankou di Wuhan menjelang musim kemuncak Festival Bunga tahunan di wilayah Hubei, tengah China pada 12 Jan. – AP

Para pengunjung yang membawa beg-beg besar bergegas ke Stesen Landasan Kereta api Beijing hari ini untuk menaiki kereta api.

Su Wenqi, seorang pelajar kolej di Beijing, yang berbaris untuk mendapatkan kereta api bagi pulang ke bandar Harbin, berkata, dia tidak sabar-sabar untuk menemui semula dengan keluarganya.

“Orang tua saya dan ahli keluarga berada di rumah dan anda rasa selamat apabila berada di rumah, oleh itu saya harus pulang. Selepas menjalani tahun yang sangat sibuk, saya sangat merindui mereka,” kata Su. – AP

ARTIKEL YANG SAMA