Pulau China dominasi sidang kemuncak Asia

Pulau China dominasi sidang kemuncak Asia

VIENTIANE, 7 Sept – Pembinaan pulau yang ‘tidak sah’ oleh Beijing di Laut China Selatan menjadi tumpuan pada sidang kemuncak Asia hari ini selepas Filipina mengemukakan bukti yang dikatakannya menunjukkan aktiviti pembinaan baru di beting yang dipertikaikan.

Sebuah pulau tiruan di Beting Scarborough mungkin menjadi pertukaran permainan dalam usaha China untuk mengawal laut dan menambah risiko konfrontasi bersenjata dengan Amerika Syarikat, menurut penganalisis keselamatan.

Beijing pada minggu ini menegaskan ia belum memulakan pembinaan di Beting – satu tindakan yang mungkin membawa ke kota kara tentera yang terletak 230 kilometer dari pulau utama Filipina, di mana tentera AS ditempatkan.

Namun Filipina pada hari ini mengeluarkan gambar yang dikatakannya menunjukkan kapal China di kawasan itu yang berupaya mengorek pasir dan aktiviti lain yang diperlukan untuk membina pulau tiruan.

“Kami mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran mereka adalah pelopor kepada aktiviti pembinaan di beting,” kata jurucakap jabatan pertahanan Arsenio Andolong kepada AFP.

Gambar yang dikeluarkan oleh kerajaan Filipina yang dipaparkan pada skrin komputer di Bangkok, kelmarin menunjukkan kapal pengawal dan pengawasan pantai China berada di Beting Scarborough, Laut China Selatan yang dipertikaikan. - AP
Gambar yang dikeluarkan oleh kerajaan Filipina yang dipaparkan pada skrin komputer di Bangkok, kelmarin menunjukkan kapal pengawal dan pengawasan pantai China berada di Beting Scarborough, Laut China Selatan yang dipertikaikan. – AP

“Kami akan meneruskan pengawasan kami ke atas kehadiran dan aktiviti mereka, yang membimbangkan.”

China menuntut hampir kesemua laut berkenaan, di mana perniagaan perkapalan berjumlah AS$5 trilion melaluinya setiap tahun, malah perairan yang menghampiri pantai Filipina dan negara Asia Tenggara lain.

Tuntutan wilayah itu telah lama menjadi sumber ketegangan di rantau, dengan China menggunakan kekerasan sebanyak dua kali untuk merampas kawalan pulau daripada Vietnam.

Ketegangan telah meningkat mendadak dalam beberapa tahun ini tatkala China membina pulau di terumbu dan pulau kecil di gugusan kepulauan Spratly – satu lagi lokasi penting – yang berupaya menyokong operasi tentera.

Amerika Syarikat telah bertindak balas terhadap pembinaan dengan menghantar kapal perang berhampiran pulau baru itu, dan menghantar kapal terbang perang di atas pulau berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA