Pulau-pulau Pasifik dijangka dilanda 8-10 puting beliung

Pulau-pulau Pasifik dijangka dilanda 8-10 puting beliung

WELLINGTON, 14 Okt – Pulau-pulau di Pasifik barat daya dijangka mengalami lapan hingga 10 puting beliung tropika yang mana lima atau enam darinya adalah puting beliung teruk – dalam musim puting beliung tropika mendatang, menurut ahli meteorologi kerajaan New Zealand hari ini.

Institusi Kebangsaan Penyelidikan Air dan Atmosfera (NIWA) berkata pusat-pusat analisis cuaca dan meteorologi di seluruh Pasifik barat daya menunjukkan bilangan-bilangan puting beliung tropika hampir biasa bagi musim ini, dari November 2016 hingga April 2017.

Aktiviti puting beliung tropika tinggi bagi negara-negara pulau Pasifik pinggir utara Laut Karang, termasuklah Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon, dan berhampiran Garisan Tarikh Antarabangsa berhampiran Tonga dan Niue, menurut kenyataan NIWA.

Ramalan cuaca bagi pulau-pulau seperti New Caledonia, Fiji, Vanuatu dan Tonga menunjukkan dua puting beliung atau lebih mungkin berinteraksi dengan setiap negara-negara itu ketika musim ini meskipun perbezaan tidak ketara dari biasa. Risiko berkurangan dijangkakan bagi Tuvalu.

Sekurang-kurangnya lima hingga enam puting beliung tropika dijangka akan berlaku di mana-mana di seluruh Pasifik barat daya ketika musim ini. “Seluruh masyarakat seharusnya terus berjaga-jaga dan mengikuti maklumat ramalan perkhidmatan meteorologi negara mereka,” menurut kenyataan itu lagi.

Puting beliung tropika Pasifik Barat daya dikategorikan dari 1 hingga 5, dengan 5 adalah yang paling berbahaya. Puting beliung tropika memberikan impak ketara di seluruh Pasifik barat daya dari tahun sebelumnya, dengan Vanuatu dan New Caledonia biasanya menyaksikan kegiatan paling hebat, dengan purata dua atau tiga melintasi berhampiran daratan setiap tahun. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA