Pulido ‘selamat dan hidup’

Pulido ‘selamat dan hidup’

MEXICO CITY, 30 Mei – Pasukan keselamatan Mexico menyelamatkan bintang bola sepak, Alan Pulido, yang ditemui dalam keadaan ‘selamat dan hidup’ beberapa jam selepas dia diculik di bandar kediamannya yang dibelenggu dengan jenayah, Tamaulipas, kata pihak berkuasa awal hari ini.

Pulido, bekas pemain penyerang pasukan kebangsaan yang beraksi bagi Kelab Olympiakos, Greece, mengisytiharkan dia berada dalam ‘keadaan baik, syukur’ ketika dia muncul bersama dengan Gabenor, Egidio Torre Cantu pada sidang akhbar.

Pemain itu, 25, mengenakan pakaian berbagai warna tanpa lengan dan seluar pendek ketika muncul di depan kamera.

Pulido diselamatkan dengan keadaan “selamat dan masih hidup…sejurus sebelum tengah malam” semalam oleh tentera negara dan persekutuan, kata kerajaan Tamaulipas dalam satu kenyataan, tanpa memberikan maklumat terperinci mengenai operasi itu.

Pulido menjalani pemeriksaan kesihatan, kata kenyataan.

Gambar fail yang diambil pada 28 Mei 2014 menunjukkan Alan Pulido sebelum beraksi pada perlawanan persahabatan di Stadium Azteca di Mexico City menjelang Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Pemain bola sepak itu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Mexico hari ini selepas didakwa diculik oleh penculik bersenjata di negeri sempadan Mexico utara Tamaulipas semalam. – AFP

Torre Cantu memberitahu wartawan bahawa pihak berkuasa menjalankan penyiasatan dan akan memberikan maklumat terperinci kemudian.

“Perkara penting adalah dia berada di sini, dia bersama kami,” kata gabenor.

Ahli keluarga memberitahu pihak berkuasa enam lelaki bersenjata menculik Pulido di bandar kediamannya Ciudad Victoria, ibu negara Tamaulipas, ketika dia pulang dari sebuah parti.

Kenyataan kerajaan penculikan berlaku pada malam Sabtu lalu, bercanggah dengan laporan sebelumnya bahawa ia berlaku awal pagi semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA