Puluhan aktivis bantah ikan mati, ditahan

Puluhan aktivis bantah ikan mati, ditahan

HANOI, 5 Jun – Berpuluh-puluh aktivis ditahan di dua buah bandar terbesar di Vietnam hari ini ketika mereka cuba mengadakan bantahan yang menggesa bagi ketelusan kerajaan lebih luas berhubung siri-siri kematian banyak ikan.

Bertan-tan ikan mati dan hidupan marin lain mula hanyut di tengah pantai Vietnam dua bulan lalu dan terus muncul selama dua hingga tiga minggu, yang mencetuskan kemarahan meluas.

Kekecewaan seterusnya dicetuskan oleh tidak ada penjelasan daripada kepimpinan komunis tentang apakah punca kematian itu.

Jalan raya-jalan utama di tengah Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh lengang sementara pagi ini ketika pasukan keselamatan mengawasi kawasan.

Para aktivis menggunakan akaun media sosial untuk mendokumenkan banyak tangkapan, dengan mengatakan orang ditahan di kedua-dua bandar sama ada sebelum atau ketika mereka menyertai bantahan.

AFP telah menyaksikan satu kejadian di Hanoi yang mana pegawai berpakaian biasa menumpaskan seorang aktivis dan menyeretnya.

Seramai 30 orang lagi ditahan selepas melancarkan bantahan singkat di hadapan gereja Hanoi.

Para aktivis menghantar gambar-gambar yang menunjukkan para pembantah memegang sepanduk dengan slogan seperti “Ikan Mati Orang Mati” dan “Tidak Formosa”.

Konglomerat Taiwan, Formosa yang mengendali kilang besar di kawasan itu tempat ikan-ikan telah mati, disyaki puncanya. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA