Puluhan cedera, ditangkap semasa protes di Bolivia

Puluhan cedera, ditangkap semasa protes di Bolivia

La Paz, 30 Jun (AFP) – Pertempuran antara polis dan pekerja kilang di Bolivia semalam mengakibatkan berpuluh-puluh tercedera dan ditangkap semasa protes terhadap dasar-dasar di bawah Presiden Evo Morales, pelbagai sumber melaporkan.

Kejadian berlaku di bandar Cochabamba, 400 kilometer (250 batu) timur La Paz, di mana polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kekecohan yang ditimbulkan oleh penunjuk perasaan yang menyekat jalan utama.

Empat anggota polis tercedera apabila penunjuk perasaan membaling batu ke arah mereka, Menteri Dalam Negeri, Carlos Romero ketika memberitahu pada sidang akhbar.

Pemimpin kesatuan Angel Camacho memberitahu kepada pemberita secara berasingan bahawa lebih daripada 60 penunjuk perasaan telah ditangkap dan beberapa lainnya tercedera.

Di tempat lain semalam, penunjuk perasaan menganjurkan perarakan jalanan dan sekatan jalan raya di enam daripada sembilan wilayah di negara ini semasa mogok awal tiga hari dipimpin oleh kesatuan Wilayah Pekerja Pusat (COB), terbesar di negara ini.

Sebelum ini bersekutu dengan Morales, COB itu mem-bantah penutupan sebuah kilang tekstil negeri bersama-sama dengan undang-undang yang mengubah standard bagi perusahaan awam, pencen dan hak pegawai.

ARTIKEL YANG SAMA