Puluhan kepala buaya dijumpai

Puluhan kepala buaya dijumpai

SYDNEY, 4 Ogos (AFP) – Sehingga 70 kepala buaya reput telah dijumpai dalam sebuah peti sejuk lama dibuang di kawasan pedalaman bandar Australia, pihak polis mengatakan hari ini, yang mana si pelaku boleh berdepan denda besar dan penjara jika sabit kesalahan terhadap pembunuhan itu.

Beberapa remaja menjumpai penemuan itu di belakang deretan kedai di Humpty Doo, 40 kilometer (25 batu) di luar Darwin kelmarin dan telah menghubungi pihak berkuasa.

Polis mengatakan sekurang-kurangnya 50 kepala buaya air masin, dan sebanyak 70, telah disumbat ke dalam.

“(Kami melihat) sebuah peti besar yang dalam keadaan sedih,” renjer kehidupan liar kanan Tommy Nichols, yang pakar dalam pengurusan buaya, memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia.

“Terdapat bau yang amat busuk dan ulat berada di mana-mana.”

Bagaimanapun tidak ada seorang pun telah ditahan tetapi sesiapa yang sabit atas kesalahan membunuh hidupan liar yang dilindungi akan berdepan dengan denda sehingga A$76,500 (AS$55,000) atau lima tahun di penjara.

Ia belum jelas kenapa kepala tersebut telah dipenggal tetapi kulit buaya mempunyai nilai yang tinggi dan terdapat pasaran yang berkembang maju.

Buaya air masin, yang boleh membesar sehingga tujuh meter (23 kaki) panjang dan mencapai berat melebihi satu tan, telah menjadi lazim di Wilayah Utara Australia sejak ia diisytiharkan sebagai spesies dilindungi pada 1971.