Puluhan maut dalam pertempuran Aleppo

Puluhan maut dalam pertempuran Aleppo

BEIRUT, 6 Mei (AFP) – Pertempuran di antara tentera rejim Syria dan pejuang jihad Al-Qaeda dan sekutu mereka telah meninggalkan lebih 70 orang terbunuh di selatan bandar medan pertempuran Aleppo, kata pengawas hari ini.

Barisan Al-Nusra dan sekutu Islam menakluki Khan Tuman dan kampung sekitarnya selepas pertempuran kurang daripada 24 jam, menurut Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria. “Sekurang-kurangnya 43 pejuang Al-Nusra, termasuk seorang komander tempatan, dan 30 tentera rejim dan militia bersekutu terbunuh dalam pertempuran,” kata Balai Cerap yang berpangkalan di Britain itu, yang bergantung pada rangkaian sumber di Syria.

Tentera pro-rejim telah mengusir pejuang jihad dari Khan Tuman, terletak kira-kira 10 kilometer dari barat daya Aleppo, pada Disember.

Kesan-kesan pertempuran di antara rejim Syria dan pejuang jihad Al-Qaeda. - AP
Kesan-kesan pertempuran di antara rejim Syria dan pejuang jihad Al-Qaeda. – AP

“Penaklukan semula kawasan dan kampung sekitarnya bermakna dasar pertahanan rejim di selatan bandar kedua negara telahpun ditarik balik,” kata ketua Balai Cerap Rami Abdel Rahman.

Gencatan senjata selama 48 jam di Aleppo di antara rejim dan pemberontak bukan jihad nampaknya tergantung tatkala ia memasuki hari kedua pada hari ini.