Puluhan maut, hilang dalam banjir kilat Angola

Puluhan maut, hilang dalam banjir kilat Angola

LUANDA, 3 Mac (Reuters) – Kira-kira 24 orang, kebanyakannya kanak-kanak, maut dan berpuluh lagi hilang di Angola selepas banjir kilat melanda sebuah pasar raya di bandar selatan Lubango, menurut media kerajaan hari ini.

Agensi berita Angop mengatakan banjir kilat dari sungai Capitao, melimpahi tebing hampir setelah hujan lebat turun selama 24 jam di kawasan itu, membadai pasar berkenaan, di mana ramai remaja Angola berhimpun untuk membersihkan kereta dan basikal.

Lebih 30 orang dipercayai hilang, kata Angop.

Selain selatan Afrika, selatan Angola juga telah mengalami salah satu kemarau paling buruk dalam sejarah yang disebabkan oleh corak iklim El Nino yang kuat di Lautan Pasifik.