Puluhan negara hadiri sidang kemuncak Malta

Puluhan negara hadiri sidang kemuncak Malta

BRUSSELS, 8 Nov (AFP) – Ketua negara dan kerajaan daripada kebanyakan negara-negara anggota Kesatuan Eropah dan lebih daripada 30 negara-negara Afrika akan bertemu di ibu negara Malta, Valletta pada Rabu ini untuk mengadakan perbincangan bagi menangani krisis penghijrahan Eropah.

Sidang kemuncak dua hari yang berakhir Khamis itu nanti akan diikuti oleh satu perhimpunan tidak rasmi pemimpin EU yang akan mengambil kira usaha mereka daripada maklum balas terhadap pergerakan penghijrahan terbesar di benua itu sejak Perang Dunia ke-2.

Negara-negara lain yang terlibat ialah Djibouti, Mesir, Eritrea, Ethiopia, Kenya, Somalia, Sudan Selatan, Sudan, Tunisia, Benin, Burkina Faso, Cameroon, Cape Verde, Republik Afrika Tengah, Chad, Republik Demokratik Congo, Ivory Coast, Gabon, Ghana, Guinea, Guinea Khatulistiwa, Guinea-Bissau, Liberia, Libya, Mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Nigeria, Republik Congo, Senegal, Sierra Leone, Gambia dan Togo.

Negara pemerhati lainnya seperti Algeria, Norway, Iceland, dan Switzerland. Kesatuan Afrika dan Komuniti Ekonomi Afrika Barat (ECOWAS) juga akan hadir.

Jemputan lain termasuk Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan delegasi dari Pejabat Antarabangsa Migrasi, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, dan Program Pembangunan PBB.

ARTIKEL YANG SAMA