Puluhan pelar...

Puluhan pelarian Somalia ditembak mati di Laut Merah

ADEN, 17 Mac – Puluhan pelarian Somalia termasuk wanita dan kanak-kanak telah ditembak mati di dalam bot di Laut Merah, kata pegawai Yaman dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi hari ini.

Mayat 33 pelarian telah dibawa ke hospital di pelabuhan Hodeida yang ditawan pemberontak di Yaman, kata pegawai kesihatan di bandar itu, menambah bahawa 35 yang cedera juga telah dimasukkan ke hospital.

Keadaan serangan tidak dapat diketahui dengan jelas, namun pegawai pelabuhan di Hodeida, yang ditawan pemberontak Huthi Syiah, berkata kapal itu telah berlabuh dan mangsa terkorban dan cedera telah ditembak dengan senjata ringan, seperti serangan dari udara.

IOM berkata 80 mangsa telah diselamatkan dan dibawa ke hospital termasuk 24 dalam keadaan yang kritikal.

“Kami mengesahkan bahawa berpuluh orang telah terkorban,” kata jurucakap Joel Millman.

Pegawai pelabuhan berkata puluhan warga Somalia lain yang selamat dalam serangan itu, serta tiga penyeludup Yaman, telah dibawa ke penjara bandar itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA